Kek Kasih Sayang 3 Tangan

Kalau dengar nama ni mesti orang pelik giler kan kan.. Bukan orang dengar je jadi pelik giler. Kami ni yang suka wat keje giler.

Tanggal 28 Oct 2011, kami telah wat craziest planned...first experiment untuk hasil kan kek coklat kukus. Lepas wat video Atika Raub n Lay wei pagi tu. Tengahari nyer kami mencari bahan kek di tesco Xtra..

PerggGGhh nama je tesco tapi tak jual baking powder. Hampeh betol. Kerana 1 tin baking powder..kami pergi semua kedai runcit di keliling USM. Macam Xplorace dah aku rasa even naik motor. Dengan cuaca yang panas setiap kedai runcit kami temui, kami masuk. Kecewa giler biler tak jumpa baking powder. Dah la antara barang terpenting kalau wat kek.

Bermula lah Xperiment kami petang tu. Semua bahan dah la kene pukul secara manual. Sampai je bilik aku terus pukul telur. Kalau telur tu tak kembang...kek memang spoil..boleh baling dinding tak hancur silap2 kek tu.

Kawan aku, Diya. Die tolong ayak tepung, Coco powder n sodium. Aku memang salute kat die..penyabar betul die mengayak semua bahan tu. Ada ker orang ayak tepung guna penapis air yang comel tuuuu...mesti takde kan. Kami jer yang wat cam tu dan Diya sahaja yang penyabar sangat utk wat semua tuuu.

Setelah semua bahan dah mix n dimasukkan dalam loyang. Bermulalah sesi pengukusan. 1st trial wat kek kukus guna electric multiple cooker. Aku memang x penah wat guna periuk tu. Dulu kitorang guna periuk tu untuk masak steamboat....yang ni kami guna untuk kukus kek.

Kami start kukus kek kira2 jam 6pm....sehingga jam 8pm kek masih tak masak lagi. Takpe2 Cah..periuk ni slow ok..sabar2..aku cuba tenangkan hati aku. Sampai kol 12am..kek ni masih tak masak. Aku dah rasa cuak dah..adakah kek ni takkan jadi. Diya n Atika Raub still think positive..

"Kak Cah, kek ni dah makin pekat..mesti masak punye. Tapi lama la kak"

Atik cakap kat aku "Kak, kalau kek ni tak keras cam biasa pun, atik sanggup habiskan sebab rasa die cam cadbury sangat sedap"

Aku tak terkata apa la...sedih pun ada..dalam hati " tu la Cah mengada sangat nak wat kek, tengok tak jadi. kecian budak2 tu"

Atik memang tak putus asa...die la yang paling rajin tolong toup air sambil ingat kan aku..

"Kak..ingat tagline akak. Kite yang buat die. Betol tak. Haa mesti jadi punyer"

Esok paginyer..bila aku bangun pagi tu pun..kek tu masih lom keras...even ada menunjukkan nak keras. Nasib baik ada atik. "Kak, sabar jangan la sedih, kek tu masak gak nanti."

29 Oct Jam 12 pm.........
Tadaaaaaaaaa


Ni la hasil kek kami..Hasil air tangan Diya n Atika Raub

Akhirnyer....Alhamdulillah berjaya.... Kek paling lama yang pernah aku wat. Macam wat kek kukus Sarawak tuuu..

Sebagai tanda penghargaan kepada Mar sebab meminjamkan periuk die. Kami bagi la die rasa. Kami kenduri kek ni semalam...Memang laju giler kek ni habis.........Inilah kek yang kami wat penuh ngan kasih sayang dan kesabaran.

(Aku rasa happy giler bile tengok kek ni jadi...)


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T