Alahai Bangsa Melayu

Bila kita bersatu semuanya menjadi mudah

Bismillah....


Sebagai manusia dan insan yang dilahirkan di bumi bertuah ni. Aku berasa teramat bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Aku sangat bangga dan amat amat bersyukur dilahirkan sebagai Melayu even tak sepenuhnya  Melayu, tapi bila dah di darab campur tolak bahagi akhirnya..jawapannya pun Melayu. Bagi aku, kehidupan Bangsa Melayu ni sangat unik dan penuh dengan tradisi.

Bila dilihat dengan keadaan Bangsa Melayu ni..kadang-kadang aku geram, bengang pun ada pergghhHHH aaAArrgggGGh!!

Bersikap terlalu menghakimi

Orang Melayu sifat die suka sangat menghukum orang dengan pandangan yang tak seberapa. Lepas tu memandai-mandai tentang sesuatu perkara....dia suka memandang dari aspek negatif dulu baru nak fikir aspek positif.

contoh.....

aku ngan kawan aku penah pergi masjid. Dia ni tak bertudung, time nak amik air sembahyang banyak mata memandang dia penuh paisee... Aku tengok pun tak selesa. Semua yang memandang tu memang pandangan yang sangat mengejek..seolah-olah nak cakap " Orang cam ni pun nak sembahyang kat masjid ke..."  Aku tau la kawan aku tak bertudung tapi kitorang bukan buat benda jahat kat masjid sehingga nak dipandang macam tu sekali. Sedih tau......

Melayu tindas melayu

Kemusnahan dan kerosakan yang berlaku pada bangsa Melayu ni datang dari bangsa Melayu sendiri....Kalau aku tengok la kan..Orang melayu ni, kalau nak naik dia sanggup buat apa sahaja asalkan dia capai hasrat dia. Kadang-kadang bile dah berjaya..tak nak pula bantu kawan-kawan die yang masih merangkak untuk berjaya. Boleh pulak buat tak tau. Kadang-kadang ada gak yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk untuk menjatuhkan orang lain angkara sifat cemburu. So, kalau ada bangsa lain yang nak tindas bangsa kita ni...tak payah la nak bising-bising. sebab Melayu ngan Melayu pun tindas menindas.

Melayu penting diri

ni satu hal lagi. Orang Melayu tak nak tolong orang lain..dia nak berjaya sesorang. 

Suatu hari ni..aku pergi kedai makan nak beli untuk lunch. Ada kedai yang jual masakan panas dan nasi campur. Aku beli sup ayam kat kedai masakan panas ni. Lepas bayar sup aku pun pergi la kedai nasi campur ni nak beli nasi kosong..tetiba penjual ni tanye aku....

"awak beli sup ayam kat kedai situ kerr? Sorry la boss kami tak bagi jual nasi kosong kalau customer beli lauk kat tempat lain..kalau nak beli nasik kat sini kene beli lauk kat sini.."

Oh my god....selfish giler....
Dah la aku lapar time tu..aku sumpah boss die jadi biskut chipsmore baru tau.

Aku pernah pergi kedai cina nak cari bateri hp mak aku...tapi kat tempat die dah habis..then penjual tu cakap aku..
" Moi...lu pergi kedai sebelah..maybe ada stock"

see??? cam ne bangsa lain nyer pemikiran. 

Darjat

Nak percaya atau pun tak..Melayu yang dulu dah hilang. Melayu yang penuh kesopanan dan kesusilaannya. Melayu yang tinggal melayu yang sombong, ego dan melayu yang suka membeza-bezakan.
Sorry to say even pemimpun pun cakap itu bla blabla bla....tapi die sendiri sombong ngan rakyat.
orang miskin ngan miskin kaya ngan kaya..inilah yang dikatakan pipit sama pipit enggang sama enggang.

Aku bukan nak puji tapi..aku kerap jugak nampak la.. aku ngan adik aku selalu gak round2 jonker walk n chinatown..apa yang aku tengok,  orang-orang cina kat situ bleh jer duduk semeja minum teh..berbual-bual even ade yang datang naik basikal ...jalan kaki..even ada yang naik motor...even ada yang kaya giler babeng naik BMW 5 series..diorang bleh jer main mahjung sama2..gelak ketawa bersama-sama ...sebab apa? diorang bersatu hati dan tak de sifat membezakan....

Dengki kejayaan orang

Melayu ni biler ada orang yang berjaya nanti ade je la cerita yang tak sedap kat belakang. 

contohnya...mamat ni bekas banduan ..now dah jadi bznessman yang berjaya...bila ada yang puji, mamat ni  kaya sebab rajin dan baik hati sebab banyak tolong orang...  lepas tu ada je la yang busuk hati dan cakap cam ni.....

"ye ke baik??? die tu dulu banduan..masuk penjara pun sebab mencuri bla bla bla bla..."

akibatnya???
mamat ni yang nak mulakan kehidupan nye yang baru...akan terus menerus membawa cerita masa silam nya yang penuh kehitaman tuu..mamat ni baru nak berubah..tapi die terpaksa terus membawa namanya yang busuk akibat hasad dengki orang lain.

kenapa ye???
kenapa kalau orang tu berjaya...kita mesti sebut-sebut keburukan die???
kenapa kalau orang tu berjaya ...kita tak nak sebut kebaikan die????

benci pada orang yang mencuba

orang melayu ni..kalau dia malas mencuba dan tak ada rasa sifat nak mencuba....seharusnya dia berasa bangga kepada Melayu lain yang ingin mencuba melakukan sesuatu....tapi yang ni tak...
dia suka mengejek dan pandang rendah kepada bangsa sendiri..

orang cina cakap melayu tunggang langgang..cakap english ada pelat-pelat cina...orang cina lain relax jer takde bising-bising pun...kalau kawan die salah sebut or tak tau nak guna certain word tu..diorang siap tegur dan betul kan lagi....tak jadi isu besar pun....

tapi orang melayu..cakap english salah sikit..pronounce ada slang melayu ker  jawa ker ...mula la kondem..di gelak gelak kan..mula la buat orang tu rasa down giler...

"tak payah speaking la kalau tak reti"
"tak payah tulis dalam english la..klu english broken"

wawawa geram jer aku dengar biler ada orang cakap cam tu..

at least dia nak mencuba beb..daripada korang..ada berani nak cuba. Cakap kencang..cuba tak nak.

Aku memang pelik giler..nape la kite nak merendah-rendahkan usaha orang yang ingin mencuba dan membaiki diri...

wak lu !

Lastly..semua bangsa ada baik dan buruknya. Tak semua bangsa melayu bersikap cam ni..masih ada yang bersikap open dan menyokong semangat kawan-kawannya nak mencuba sesuatu.. kita kene ubah mentality ..jangan cepat untuk memandang serong terhadap usaha orang lain.

"lu dah cukup bagus ke derr lu nak sound2 wa cam tu..wa tau wa broken english ..tapi lu ader?? lu brani ke speaking english even broken english??"

Kemana hilang nya nilai-nilai murni dalam bangsa kiter??
Berubahlah......

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir