Posts

Showing posts from November, 2014

sayangku

Dah lama aku tidak singgah di sini. Dah lama jari jemariku tidak menari di papan kekunci.  Kehidupan yang penuh dengan persoalan. Jika hari ini kita tertawa esok mungkin kita akan menangis. Jika hari ini kita menangis mungkin esok kita mampu ukirkan senyuman. Dia insan yg  ku sayang. Insan yg ku cinta sepenuh jiwa ragaku. Mengenali dia adalah sesuatu yang indah bagiku. Pasang surut perhubungan ditempuh diharungi bersama. Kadang kadang dia merajuk minta dipujuk. Aku hanya mampu ketawa nakal dalam 'whatsapp' yg aku balas kepadanya. Kami mengenali beberapa bulan kemudian perhubungan kami diikat dengan tali pertunangan. Hampir 10 bulan kami menyulam kasih dan mengharungi segala yg perlu dilalui. Lagu "Bintang Hatiku" pernah aku nyanyikan lagu ini untukmu dgn suara sumbangku. Kau hanya gelak sahaja bila dengar suara aku yg sumbang ni. aku rasa sangat bahagia mendengar kau gelak. Kini semuanya hanya kenangan bagiku. Kenangan yg tak mampu untuk dilupaka