Posts

Showing posts from November, 2011

Saling melengkapi...

Image
Assalammualaikum....... Kamu semua mesti tahu yg Siti Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Nabi adam sewaktu tidur. Kenapa mesti dijadikan semasa waktu tidur? Ramai yang beranggapan bahawa lelaki sahaja yang memerlukan wanita....hakikatnya, wanita juga memerlukan lelaki dalam kehidupannya. Wanita tak semestinya memerlukan lelaki, tapi kita tak boleh menolak bahawa wanita dan lelaki saling memerlukan dan cinta itu adalah anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki dalam kehidupannya??? Ya !! apa keperluannya lelaki kepada seorang wanita yang bebas. Kenapa wanita itu perlu mempertaruhkan kebebasannya dan berada dalam tangan seorang lelaki?? Bukankah lagi seronok dapat berjalan dihujung minggu bersama kawan-kawan rapat, berkenyit-kenyitan kepada lelaki kacak yg saling x lokek ngan senyuman dan x lokek menghulurkan salam perkenalan.... Cinta tak datang dengan paksaan. Cinta juga tak datang diwaktu kita mahukannya. Jika kita mahukannya datang seperti air, ia datang seperti

Wake Up!!!! GET OVER BABY !!!!!!

Image
Merasai satu fasa perpisahan / clash / break up/ putus dengan orang yang kita sayang and teramat-amatlah sayang adalah satu fasa yang paling menyeksa zahir dan batin. Time tu kalau kita dok kat tepi longkang..silap-silap longkang tu lagi cantik dari muka kita. Kalau dok sebelah tong sampah tu...tong sampah lagi nampak happy dari kita... That's a fact..!!! Apatah lagi kalau kita ditinggalkan or putus kerana orang ketiga or ego masing-masing yang melangit....senang citer..hubungan terputus dalam keadaan yang tak berstyle!!! Bercakap memang senang daripada yang merasa. TALK IS CHEAP AND REALITY IS EXPENSIVE..Pada sape2 yang penah makan segenggam cili api...mesti tau camne horrible nye kepedasan tuu..hanya sape2 yang pernah menangis sampai kering air mata tahu macam mana rasanya....Lumrah, manusia memang makhluk yang lemah dan rapuh. It's not easy to forget someone..especially you was with her/him in a long time...it's very hard to accept that..BUT you can learn from

Saat ini

Saat hati teringat namamu, Tubir mata ini berkaca, Saat lidah menghembus namamu, Empangan itu pecah. Saat figura mu hadir dalam mimpi, Akal ini tak bisa berfikir, Saat jasadmu hadir dalam realiti, Minda ku kosong tak terisi. Saat aku minta kau pergi, kau hanya menyanggupi, Saat ku hilang tanpa khabar, Kau terus mendiamkan diri, Saat ku kirim khabar itu, Kau hanya membisu dan menyepi. Saat kita bersua lagi, Kau sudah berubah hati, Saatku tatap mata itu lagi, Kau sudah tak mengenalinya  lagi Sukar sungguh ingatan itu pergi, Terus menerus mengekori diri ini, Adakalanya aku hampir rebah menyembah bumi, Akhirnya aku merelai, Yang kau melangkah pergi, Melangkah jauh dari diri ini, Mencari kebahagiaan yang kau ingini.

Multimedia book story.....

Image
Syukur Alhamdulillah....selesai juga akhirnya Buku Cerita Multimedia kami. Wow...aku tak percaya bleh settle kan keje ni. Aku ni dah la lambat sikit bab multimedia ni. Klu study multimedia ni pun kene buat teknik pengulangan banyak kali....... Thank u so much to my friend Najah...Die memang partner yang best. Sabar btul die mengajar aku untuk multimedia ni.  Assigment yang memang aku tak bleh lupa. Aku berjaya siapkan kerja yang aku tak suka. Aku memang x minat yang berkaitan multimedia ni. Kalau tengok ja aku minat la. Kalau suh buat..aku surrender awal2. Kawan-kawan aku pun memang dah tau yang aku ni tak minat benda2 cam tu. Lepas tu dah la kene lukis kartun-kartun  untuk citer guna lappy aku. Hahaha aku gelak untuk diri aku sendiri. "Padan muka ko cah, sem ni ko kene gak wat benda yg ko tak suka". Aku penuh ketekunan dan kesabaran yang tinggi ..menghasilkan watak2 untuk citer kami. Yes!!!!! Yes!!!! aku berjaya lakukannya.  Aku paling suka bab record suara.. Cayalah!!

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

Image
Hidup ini umpama belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan kehendak. Dan memang manusia diciptakan mempunyai keinginan dan kehendak yang tinggi. Tetapi tak semetinya setiap yang diinginkan pasti dikecapi, tidak setiap yang kita mahu pasti tercapai. Dan tidak mudah untuk kita menyedari apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang tidak menyedari, bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum : harus berjaya, harus bahagia dan harus yang lain-lain. Ramai orang yang berjaya tetapi lupa, kejayaannya itu pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Kegagalan...kejayaan adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah.... Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti rezeki, kedudukan, pasangan pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris kita miliki, meski kita bermati-matian berusaha untuk milikinya.... "Tiada suatu bencanapun yang menim

another world.......

Image
Another world.... Away from mine,  away from yours and from ours Away from months, away from days and away from hours In the world of singing birds and blooming flowers The world of dreams, feelings and love Where the language known is only that of dove Where no one is stranger each other And where no one is looking for blood and leather Where sun will shine for you, stars will twinkle for you Where the "joy" is not dominated by the "blue" Away from this humankind where we are Let's flee to another world..far..very far..and far.....

Naluri wanita

Image
Benar kata orang, naluri wanita selalu benar. Apabila ingin melakukan sesuatu, wanita akan berfikir dua tiga kali dahulu sebelum membuat keputusan. Malah, wanita lebih suka mengikut kata hati dan naluri kewanitaannya apabila ingin membuat sesuatu keputusan.  Lelaki menganggap bahawa dia sudah menghapuskan segala bukti tentang aktiviti kecurangannya namun ternyata, wanita masih dapat menghidu segala tindakannya itu walaupun mungkin pada hakikatnya wanita tidak mempunyai sebarang bukti. Sekiranya wujud percanggahan dalam hubungan, wanita akan lebih cepat mengesan segala perubahan yang berlaku terhadap teman lelakinya. Melalui perubahan tersebut, wanita akan dapat menilai dan merasai sesuatu yang mungkin tidak baik akan berlaku atau sedang berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa wanita lebih berfikiran jauh apabila menyentuh isu masa depan bersama. Hal ini sedikit sebanyak telah memeningkan kepala lelaki malah, bagi lelaki yang belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai sua

warkah untuk cinta

Image
Ke mana kan ku bawa bimbang hati ini ketika kehancuran merajai segenap fikiran, memaksa aku memeluk kenangan bersamanya, saat manis terasa pahit mencengkam di batin ini, aku terasa sepi hingga lilin mampu padam pada pertengahan malam, begitulah indahnya warkah mu buat ku yang keseorangan tanpa dirimu disisiku, hati cinta mengalunkan sebuah kerinduan yang tak mungkin berbalas, bimbang hatinya jika tak mampu mengatasi jiwanya yang meronta, lalu kau kirimkan aku warkah cinta untuk raga ini, biar sempurna apa yang tuhan ciptakan untuk ku walau hadirmu tak akan kunjung tiba, namun aku amat sesalkan aku akan sunyi tanpamu. “Cinta bangun cinta !”, Danis mengejutkannya dari lamunannya, “untuk apa lagi kau datang ke tempat ini, tidak cukupkah lagi derita yang ada di hati mu cinta sampai kau datang ke tempat yang banyak menyimpan kenangan kau , lebih baik kau lepaskan dia dari hatimu, perlu apa lagi kau ingat pada orang yang sudah tiada”. “Aku tak mampu danis, aku cuba untuk melupakannya