Multimedia book story.....

Syukur Alhamdulillah....selesai juga akhirnya Buku Cerita Multimedia kami. Wow...aku tak percaya bleh settle kan keje ni. Aku ni dah la lambat sikit bab multimedia ni. Klu study multimedia ni pun kene buat teknik pengulangan banyak kali.......

Thank u so much to my friend Najah...Die memang partner yang best. Sabar btul die mengajar aku untuk multimedia ni. 

Assigment yang memang aku tak bleh lupa. Aku berjaya siapkan kerja yang aku tak suka. Aku memang x minat yang berkaitan multimedia ni. Kalau tengok ja aku minat la. Kalau suh buat..aku surrender awal2.

Kawan-kawan aku pun memang dah tau yang aku ni tak minat benda2 cam tu. Lepas tu dah la kene lukis kartun-kartun  untuk citer guna lappy aku. Hahaha aku gelak untuk diri aku sendiri. "Padan muka ko cah, sem ni ko kene gak wat benda yg ko tak suka".

Aku penuh ketekunan dan kesabaran yang tinggi ..menghasilkan watak2 untuk citer kami. Yes!!!!! Yes!!!! aku berjaya lakukannya. 

Aku paling suka bab record suara.. Cayalah!! tak sangka giler suara aku seComel tu (perggh perasan giler aku). Teringat aku zaman primary school dulu masa aku join story telling competition. Ye la..klu story telling kan kite kene buat banyak suara berdasarkan watak. Memang mantop. Saat manis waktu tu..lagi2 kalau aku menang. Kalau aku menang p0n semuanya hasil semangat dpd mak dan ayah aku. Mak ngan ayah aku memang kekuatan aku. Every competition aku masuk mesti ayah ngan mak aku ade. Kalau mak aku tak dapat datang ayah aku mesti datang. Kalau kedua-duanya takde memang aku down giler. Aku ingat lagi ms aku darjah 6, mak ngan ayah aku lambat datang. Aku dah gelisah giler sebab tak lame lagi turn aku. Teacher aku punye la nak tenangkan aku yang tak penah tenang ni. Air mata aku waktu tu memang dah meleleh dah. Biler turn aku, aku pun naik stage ngan hati yang kosong. Semangat aku memang hilang giler.

Mak ngan ayah memang kekuatan Along. LuV u Mom N Dad....
Biler aku form 1, ayah dah kurang temankan aku untuk competition yang aku masuk. Ayah cakap " Along dah besar kan..ayah tak payah la ikut along lagi untuk setiap pertandingan along masuk".. lama jugak la aku nak biasakan ngan ketidakhadiran mak ngan ayah aku. Mula-mula tu muncung la jugak sebab ayah taknak datang lagi (mengade betul aku ni).

Ape je la aku ngarut ngan citer zaman kanak-kanak RIBENA ni...
Back to my story about my assgment Multimedia Book story. Fokus Cerita yang kami buat untuk kanak-kanak disleksia. 1st siri kami guna kan kv+kv, v+kv. Nampak cam senang. Tapi susah gak nak pikir perkataan yang mudah-mudah dan skema. Lepas tu semua watak-watak ni kami tak boleh cut n paste kene hasilkan sendiri. Kalau nak tiru bentuk or jadikan gambar tu as model bleh la. Betul2 mencabar kreativiti aku yang memang tak kreatif ni...

Walau cm ne p0n at the end we enjoy with our work. Kitorang puas hati ngan apa yang kami dah buat even kawan2 aku yang lain buat lagi cun. Weee~~~~

Buku Siri 1







Siri kedua, perkataan yang digunakan agak panjang berbanding siri 1. Melibatkan penggunaan imbuhan semua la...

Inilah bukusiri 2 kami



Kami harap buku multimedia yang comel ni boleh digunakan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Bleh la aku apply kemahiran aku yang x seberapa ni biler masuk skolah nanti.

Sekian~~~~~~

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir