Naluri wanita




Benar kata orang, naluri wanita selalu benar. Apabila ingin melakukan sesuatu, wanita akan berfikir dua tiga kali dahulu sebelum membuat keputusan. Malah, wanita lebih suka mengikut kata hati dan naluri kewanitaannya apabila ingin membuat sesuatu keputusan. 

Lelaki menganggap bahawa dia sudah menghapuskan segala bukti tentang aktiviti kecurangannya namun ternyata, wanita masih dapat menghidu segala tindakannya itu walaupun mungkin pada hakikatnya wanita tidak mempunyai sebarang bukti. Sekiranya wujud percanggahan dalam hubungan, wanita akan lebih cepat mengesan segala perubahan yang berlaku terhadap teman lelakinya. Melalui perubahan tersebut, wanita akan dapat menilai dan merasai sesuatu yang mungkin tidak baik akan berlaku atau sedang berlaku.

Tidak dapat dinafikan bahawa wanita lebih berfikiran jauh apabila menyentuh isu masa depan bersama. Hal ini sedikit sebanyak telah memeningkan kepala lelaki malah, bagi lelaki yang belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami, akan mula menunjukkan perubahan negatif. Wanita mudah membaca maksud tersirat di sebalik wajah seseorang lelaki apatah lagi sekiranya lelaki itu merupakan seseorang yang disayanginya. Segala gerak-geri lelaki, tutur kata si lelaki, segalanya dapat dibaca wanita dengan tepat walaupun terdapat segelintir wanita yang suka berfikiran negatif terhadap pasangannya. Ya, wanita mempunyai mata yang tajam kerana dapat mengesan kesan ‘lipstick’ di kolar baju lelaki sedangkan dia berada jauh di belakang lelaki.

Sebenarnya, lelaki patut bersyukur sekiranya mempunyai teman wanita yang sentiasa bijak mengesan sesuatu perkara. Hal ini kerana teman wanitanya dapat mengelakkannya daripada berlaku curang. Malah, deria tambahan wanita ini juga berupaya mengelakkan orang yang disayanginya daripada terlibat dengan perkara yang tidak baik.

Gerak hati wanita sentiasa benar dan sentiasa membantu mereka apabila berdepan dengan sesuatu musibah. Sebagai contoh : 
1. Apabila wanita cuba menghubungi teman lelaki namun panggilan akan bertukar menjadi ‘CALL WAITING’ atau ‘NUMBER BUSY’, dan apabila wanita menanyakan hal tersebut kepada teman lelaki, teman lelaki akan menjawab, ‘ITU PANGGILAN DARIPADA BOS’, ‘ITU PANGGILAN DARIPADA RAKAN SEKERJA’, ‘ITU PANGGILAN DARIPADA KELUARGA’. Namun, percayalah, naluri wanita kuat mengatakan bahawa itu bukan panggilan daripada bos/rakan sekerja/keluarga namun itu merupakan panggilan daripada perempuan lain yang mempunyai niat jahat atau teman lelaki yang menghubungi perempuan lain.

2. Teman lelaki memberitahu wanita bahawa dia ingin keluar menonton wayang bersama rakan-rakan lelaki dan tiada perempuan lain bersama dengannya. Namun, gerak hati wanita kuat mengatakan bahawa teman lelakinya pergi menonton wayang bersama perempuan lain malah perempuan itu memang mempunyai hati terhadap teman lelakinya. 

3. Wanita menerima SMS daripada teman lelaki namun ternyata teman lelaki tersalah menghantar SMS. SMS itu sepatutnya dihantar kepada perempuan lain. Namun, teman lelaki cuba menafikannya dan menyatakan bahawa dia tidak tersalah menghantar SMS. Tetapi, naluri wanita lebih cekap. Mana mungkin nama teman wanita sendiri pun boleh tersalah ejaan. (:

 4. Lelaki pulang lambat ke rumah dan menyatakan bahawa dia sibuk di tempat kerja kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Namun, hati wanita kuat mengatakan bahawa lelaki pulang lambat ke rumah kerana pergi ke tempat lain bersama perempuan lain. 

5. Lelaki sentiasa sibuk, kononnya kerja berlambak. Namun, wanita dapat menghidu sesuatu yang tidak baik yang sedang dilakukan lelaki di luar pengetahuannya. P/s : Bersyukurlah dengan pasangan anda. 

Jangan cuba menjadi tamak kerana orang yang tamak akan kehilangan sesuatu yang berharga di kemudian hari. 

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir