Tiramisu

Belek-belek punya belek hp. Niat dihati nak delete gambar-gambar yang dah tak perlu lagi. Ye la beratkan memory hp je. Klu hp aku ni memory die besar xpe..ni memory tak besar mane pun. pastu tengok kat bahagian image. Terjumpa pulak gambar kek Tiramisu ni. Aku tersenyum sorang-sorang macam mane mula-mula boleh terasa nak try wat kek ni. salah satu sebab kenapa aku nak buat kek ni..Sebab..aku suka Tiramisu. Every time lalu depan secret recipe musti aku beli tiramisu. Sebenarnye tak la begitu susah nak buat kek ni. Cuba bahan die jer mahal sikit.

Okai jujum kite tengok apa bahan-bahan untuk wat kek ni

Bahan-bahan

·         1 biji sponge kek atau apa2 kek
·         250ml whipping cream
·         200ml cream cheese
·         1/2 cawan gula halus
·         1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
·         1 sudu makan serbuk nescafe
·         serbuk koko untuk hiasan

1.    Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2.    Satukan gula, cheese dan cream
3.    Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4.    Potong kek pada 2 bahagian ( Kat sini maksud die antara bahagian atas dan bawah jangan keliru yer cara nak potong die)
5.    Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek ( klu nak lagi sedap, bancuhan nescafe tu bleh gak letak kat bahagian kek yang dh dipotong dua , lagi terasa bau nescafe die)
6.    then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek ( cream ni bleh letak di bahagian kek yang dh diptong tu, buat cam jem..lg creamy and tasty)
7.    Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
8.    kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
9.    Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…( tp utk hiasan koko ni aku buat sebelum aku masuk kan dlm fridge)

Tadaaaaaa !!!!! ni lah hasil kek yg telah di buat....


Ni la kek yg telah dihasilkan.

 1st trial kami buat masa malam raya tu. Aku buat kek ni bersama ngan adik aku, anis. Malam tu, dah la tengah sibuk-sibuk memasak semua. Maklum la, esok kan dah raya. Lepas tu, rumah aku terlibat dengan kunjungan takbir rumah ke rumah. Perggh orang kat depan tengah bertakbir, aku ngan anis greng grEEng kat dapur putar kek. Finally berjaya gak kami siapkan. 
  
      Pertama kali aku wat kek untuk santapan raya di kampung. Esok nya, selepas majlis bersalam-salaman dan kutip duit raya ngan pakcik dan makcik aku. Aku kuar kan la kek tu dari fridge. Aku nak rasa gak  camne  la rasanye kek kami ni. Takut gak kalau terpahit sebab terlebih nescafe. Huhu tapi...tak sampai 20 minit, Clear semuanye kek tu..fuhhh macam pisang goreng panas. Kirenye berjaya la percubaan pertama kami. Weeeweeewe









Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir