Hanya Satu

Tiada yang sama. Tiada yang serupa. Satu dalam sejuta. Belum pernah kutemui persis kau. 

Apabila aku sedih. Dia menghiburkan. Apabila aku buntu dia  mencari jalan penyelesaian. Apabila aku sendiri, dia menjadi teman setia. Menjadi pendengar setiap butir yg ku ucapkan, yg ku luahkan.

Dia tak pernah minta apa-apa. Dia memberi terlalu banyak kepadaku. Masanya, telinganya , pendapatnya. Tak terbalas setiap pemberiannya. Hanya dengan pemberian kecil sahaja yg mampu aku berikan kepadanya. 

Apa yg aku boleh katakan, dia boleh baca perasaan aku. Apabila aku ketawa ketawa dan ketawa di hadapan dia. Dia hanya pandang tepat mata aku dan berkata.

" Apa yang kau cuba sorok daripada aku sebenarnya Sha?" Sambil  dia memandang tepat mata aku.

"Tak ada apa apa. Aku nk sorok apa pula?" Aku bertanya pada dia. 

Dia selalu berkata. Aku tak pandai nak tipu. Aku ketawa, aku gelak. Sebenarnya, aku cuba nak sorokkan  sesuatu daripada pandangan org lain. Hakikatnya hati aku sedang menangis. 

Ayat yg dia selalu akan cakap balik. " Kau nak luah. Kau luahkanlah. Jangan disimpan. Makan diri kau Sha. Kalau kau nak menangis. Kau menangislah sepuas-puasnya. Aku ada. Aku akan tunggu kau."

Apabila aku tengok dia. Aku rasa tenang je. Apabila aku bersama-sama dia aku rasa selamat.

Dia selalu kata. Dia suka sangat bila dapat apa-apa drpd aku. Dia paling suka nota kecil yg aku lampirkan  setiap kali ada pemberian. Dia kata, macam macam bentuk dia akan dapat dgn tulisan jawi. Itulah pertama kali dalam hidup dia dapat nota kecil daripada perempuan.

Aku memang suka menulis. Aku suka sesuatu yg cantik dan kelihatan comel. Aku akan buat apa yg aku suka untuk buatkan org lain tersenyum. 

Apabila Afta katakan dia suka nota tu. Lagilah aku buat yg comel comel. Aku pasti die tersenyum masa membacanya.

Dia seorang kawan yang sangat memahami walaupun aku tak pernah beritahu. 

Apabila aku tanya, " Camne ko tau aku tipu, dan aku berpura-pura."

Dia akan menjawab. " Kau kawan aku. Aku akan faham setiap apa yg kau lalui, yg kau rasa. Kau tak perlu beritahu aku semua perkara. Mata kau, ia dah beritahu semuanya."

Dia selalu ada bersama aku ketika aku sedih. Ketika aku susah. Dia juga boleh tahu jika aku sakit. Apabila aku bertanya, " Bagaimana kau boleh tahu aku demam teruk?"

Dia akan menjawab. " Pertalian sahabat. Boleh dirasa getaran hati jika sahabat sdg sakit."

Aku pula???

Aku tak tahu yang dia sakit. Aku tak dapat rasakan apa yg dia rasa.

Kenapa aku tak dapat rasa semua tu? Kenapa aku tak dapat rasa yg sahabat aku sedang sakit??

Saat dia sedang bertarung dengan penyakitnya. Aku tak tahu yg dia sakit. Aku boleh buat lawak bodoh aku di messenger. Aku boleh marah dia. Apabila dia sebut tentang kematian. Berhari-hari aku tak balas setiap mesej yg dia kirimkan kat messenger.

Apabila aku balas. Berhari-hari aku tunggu balasan. Aku sangka dia marahkan aku. Rupa-rupanya dia sedang kritikal waktu itu.

Kalau kau ada di Malaysia. Aku pasti pergi bertemu kau Afta. Walaupun kau ada di Sabah atau Sarawak. Aku pasti ke sana.

Berhari-hari aku menangis mengenangkan kau kat sana. Hati aku meronta-ronta nak jumpa dengan kau. Luluh hati aku apabila  dapat tahu yg kau sakit.

Apabila isteri kau balas messenger aku beritahu yg kau sedang kritikal. Hancur hati aku dapat tahu berita itu.

Kenapa kau rahsiakan semua tu? Kenapa Afta?

Aku tanya pada isteri kau. Aku tanya pada dia. Jawapannya sebab kau taknak aku risaukaN. Kau taknak aku sedih.

Apabila kau tiada, lagi aku sedih.

Walaubagaimanapun, aku rasa bertuah sangaT, kerna aku pernah kenal, pernah menjadi kawan kau seterusnya sahabat.

Walapun kita tak dapat bertemu di alam nyata ini. Cukuplah aku dapat melihat kau dalam mimpiku.


Al- Fatihah









Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir