kejohanan balapan & padang kebangsaan 2015

Hari ini..22 Mei 2015 Jumaat. Masa meregangkan urat urat yang sangat tegang. Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas baru je habis semalam. Bermula 17 mei hari tu check in hotel Hingga semalam kami semua check out.

Baru hari ni terasa penat melampau. Memang giler tak boleh buka mata. Walau bagaimanapun kami semua selaku coach sangat berpuas hati ngan pencapaian atlet kami.

Pingat bukan ukuran. Semangat juang kamu yg cikgu sangat harapkan. Kamu dah pecah rekod kamu sendiri dah terbaik bagi cikgu.

Cikgu yang lihat sepanjang kamu latihan. Cikgu yang ukur jarak setiap lompatan kamu. Kamu dah buat sehabis baik walaupun kamu tak perolehi emas. PERAK dah cukup bagi cikgu.





Kamu semua dah buat yang terbaik. Kalau coach kamu marah tu bermakna mereka sangat sayang kan kamu. Mereka nak yang terbaik buat kamu. Cikgu pun sayangkan kamu semua. Cikgu akan rindu kamu semua yg nakal nakal ni.

Ini adalah keputusan keseluruhan. Walaupun hanya dua emas. Tapi emas yg sangat berkualiti bila dua2 nye pecah rekod kebangsaan.






Ni la kuda kuda 4x 100m yg sumbangkan emas kedua. Kamu dah buat semua coach kamu menangis dgn kemenangan kamu.










Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

Saat Terakhir

Men are from Mars and Women are from Venus