Saudara

Saudara! Kau merdeka di alam baru,
Saudara! kau merdeka dari belenggu itu,
Kalau betul kau berpegang pada tuhanmu,
Apa helah makhluk tidak berbekas kepadamu.

Saudara! Kau musnah tentera zalim tak menentu,
akan muncul alam ini satu fajar baru,

Pancaran sinarnya akan memerdekakan rohmu,
Lihat, nun fajar baru menari-nari menujumu,
Saudara!Darah badanku membeku mati,
Tidak mengalir kerana ikatan abadi,
Bertatah mendali di syurga abadi.

Saudara! Kau tangisi atas pemergian saya,
Tersiram khusyu di kuburan saya,
Mereka nyalakan lilin dari reputan saya,
Kejarlah dengannya kemenangan dan jaya,
Saudara! Jika ku tidur jumpa kekasih,
Raudhah tuhanku telah tersedia dan isih,
Burung-burungnya berkepak silih,
Berada nian berada ditaman firdaus,

Saudara! ikutilah jejakku ini,
Puak demi puak angkatan baru susuli,
Meskipun aku mati tapi masih suci,
Kalian kan lalu dengan kemenangan lagi,
Ku membela nama tuhan dan agama,
Entah dari kemenangan di merata dunia,
Entah untuk mendapat balasan dan anbia'.

(Sajak Sayyid Qutb sblm syahid)

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T