Kasih Sayang Seorang Adik

Aku cuma ada seorang adik. Usianya 3 tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, aku telah mengambil 50 sen daripada poket seluar ayah untuk membeli sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu. Petang itu, pulang saja kami dari sekolah- ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. " Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. 

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kami berdua hanya membisu,tunduk sepi memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan demi hayunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut, "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yg akan memalukan ayah di luar sana?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami rawat. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk tubuhnya. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata."Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak dapat membela adikku.

Tahun silih berganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasarama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Malam itu, ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang..." aku terdengar suara ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itu adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah, saya tak mau ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudia wajah adik dalam-dalam. Pannggggg...satu penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup mata dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar dari kemiskinan." aku memujuk adik tatkala menyapu minyak di pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan..biarlah kakak yang berenti." Tiada siapa yg menyangka, dinihari adik tiada di biliknya. Dia membawa beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas tercatat.."Kak..untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yg saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa, "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" marahku padanya. Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah adik, pakaian adik ni. Apa yg akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdegup mendengar jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas butiran pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, " Akak tak peduli apa orang lain kata." Adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu dari kocek seluarnya. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan air mataku membasahi bahunya. Setelah tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. " Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka. Aku menerpa ke biliknya. Manis senyuman yang dia berikan kepadaku. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak...Kak tahu, semasa bekerrja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.
Apalagi, aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia 27 tahun. Suamiku seorang usahawan. Dia menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kataku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. 

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis kampung, juruacara majlis bertanya kepadanya. "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, saya sangat sayangkan kakak saya.." katanya lantas menceritakan kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama ke bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah sahaja. Kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebeb tertikan duri dan batu-batu tajam. Sejak itulah saya berjanji kepada diri sendiri. Saya akan lakukan apa sja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke depan mendakap adik sambil meraung bagaikan diserang histeria.
















Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Men are from Mars and Women are from Venus