Carilah Lelaki yg Mampu jadi imam

" Abang..hari tu ingat period dh habis. Ayang dh mandi, dh solat.Tapi hari ni keluar balik. Kiranya period balik ke bang?"

"Maybe kot. Try search google.."

" Saya dah search. Tapi macam tak paham sangatlah bang. Ermmm Kak Ina ckp dekat masjid belah malam ada kuliah muslimat. Ada ustazah ajar dan bagi penerangan tentang masalah agama. "

"Buat apa? Cari je kat youtube. Berlambak kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk. Mana sempat nak hantar, nak ambil awak kat masjid."

Si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan. Isu yg sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

**********************************

Asalnya kepada seorang wanita itu adalah pengikut. Ertinya dia berhajat mempunyai seorang pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya, dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing. Sebab itu dianalogikan suami sebagai IMAM.

Apa peranan IMAM dalam solat?

Guide makmum kan? Apabila selesai baca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaiman pula kalau imam tersalah rakaat?? Atau terlupa dalam bacaan surah? 

Makmum akan menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Bukan bertepuk tangan. Ada tatacara dan tertibnya.  Analogi ini suatu yg besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup. 

Dalam solat ada imam dan makmum dgn segala tertibnya. Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan peraturan. Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturan yg benar, betul dan tepat.

########## PERKAHWINAN  #######

Perkahwinan bukan perkara atau perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua. Ia perjanjian sampai mati. 

Oleh itu, sebelum berkahwin, kita mesti dan patut fahami peranan masing -masing dalam perjalanan tersebut. Suatu perjalanan yg panjang.

Suami terutamanya. Jangan seronok seronok sahaja digelar ketua. Tetapi tak pula bersedia bersungguh sungguh untuk menjadi seorang ketua. 

Hakikatnya, ada tanggungjawab yg besar Allah bebankan sesuai lafaz akad nikahmu. Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra. Tapi bab bersuci pun entab kemana. 

HAID dan NIFAS dianggap sebagai " bab orang perempuan" yg tak perlu di ambil tahu oleh orang lelaki. Jangan berasa pelik, kalau ada suami menengking isteri bila isteri menyoal tentang itu. 

" Awakkan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu??"

Suami yg bertanggungjawab tak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yg mahu lari dari tanggungjawab. Bukankah kalau isteri jahil tentang bab bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yg akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika tak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


###### MENCARI SEORANG IMAM #####

Tak Kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tam Kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. 
Namun ada ramai juga lelaki yg kacak, tapi rambutnya panjang tak terurus.
pakaiannya selekeh tak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. 
Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tak mudah. 
Mungkin ramai wanita akan bertnya, bagaimana mahu memastikan die seorang imam yg baik?
ada yg merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yg merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. 

Ada juga merasakan lelaki berpengajian agama itu palinb baik sebagai imam. 
Saya hanya mampu diam dan geleng kepala sahaja.
Sungguh, kerana ia susah sebagai manusia untuk menilai. Kita hanya mampu nilai zahiriah. Penilaian drpd mata kasar. Penilaian batiniah hanya Allah sahaja yg tahu.

Sebagai wanita..kita diberi satu tempoh yg istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kpd seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh suai kenal atau istilah rasminya BERTUNANG.


#####MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG 


Tempoh bertunang adalah tempoh utk kita mengenali bakal suami kita.  Tempoh ini juga, tempoh utk menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada kita nanti.

Menguji tu tak salah. Gunalah pelbagai method yg ada. Jangan mengintip dia di bilik mandi sudah. 

salah satu method yg boleh digunakan adalah perbincangan. Jangan lupa, waktu perbincangan itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Oleh itu, tak ada kewajipan sbg isteri yg perlu anda tunaikan ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh katakan TIDAK jika tak kena pada cara. 

Method peebincangan, jika kena pada caranya boleh memberika  gambaran yg baik adakah si lelaki sudah menepati ciri - ciri seorang imam atau tidak.

Tapi selalunya, method perbincangan ini tak digunakan dgn betul. Antara sebabnya, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan utk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan. Biarpun tersingkap seribu kekurangan. Seribu cemuhan. Ada yang beranggapan BURUK  akibatnya kerana putus tunang. Lebih baik putus tunang daripada berkahwin tapi tak kekal. 


## ASALKAN DIA BAIK ###

"Biarlah dia tak pandai agama pun, asalkan baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya."

Alhamdulillah, anda telah menemukan lelaki yg baik. Tetapi di sini tak lah bercakap perihal baik atau tidak. 

Sama juga dgn soalan skeptik : semua orang tutup aurat baikkah???
Ustaz Azhat Idrus kata : belum tentu, tapi org yg baik mestilah menutup aurat.

Ini pun serupa, bukanlah lelaki yg meremehkan soal agama itu tak baik. Tetapi seorang lelaki yg baik pastilah ta meremehkan soal agama. Dia pastilah seorang lelaki yg benar benar mempunyai ciri ciri  seorang imam. 

Nah..carilah lelaki jenis itu sbg suami. Lelaki yg mampu jadi imam dalam dan luar solatmu . 

Lelaki yg bertegas denganmu dalam hal hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal hal dunia. 

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai syurga?? Bagaimana mungkin seorang lelaki yg tak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana? 

Carilah untuk dirimu seorang imam, bukan semata mata seorang jejaka.

carilah

LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM utk kamu, 
yg MENITISKAN AIRMATAnya apabila MELIHAT kesakitan kamu melahirkan zuriatnya, 
DAN LELAKI yg MEMBANGUNKAN KAMU utk BERIBADAT BERSAMA-SAMA SEPERTIGA MALAM.
jika pencarian itu telah kamu temui..
jangan lupa bersyukur kepada-Nya.
jadilah permaisuri hatinya...peneman dikala suka dan duka.....pengubat rindu.....


Wallahuallam


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T