Pomen O.K.U ( part 2)

Siapa kata orang Melaka cakap kasar?

Memang agak kasar pun mereka, tapi hakikatnya mereka tak bermaksud untuk menghina. Itulah mereka. 

Begitu juga dengan pomen sorang ni. Pertama kali aku masuk untuk program interim, dia telah menguji kesabaran aku. Telingan aku paling pantang dengar perkataan carutan. Kalau dengar, memang berdesing je lepas tu darah pun mula naik ke kepala. 

Mulut dia memang tak ada insuran. Suka hati tok nenek dia je nak bercakap. Suka hati mak bapak dia je nak maki orang. 

Almaklumlah, aku ni mengajar student Pendidikan Khas, kategori masalah pembelajaran. Kalau dilihat luaran dan zahiriahnya. Mereka kelihatan normal dan tak ada cacat celanya. Tapi cubala test IQ. Memang terpancar kekurangan yang terselindung disebalik kehenseman mereka. 

Mengusik pelajar lain memang menjadi hobi dia. Membuat pelajar lain marah memang menjadi tabiat azali yang tak boleh dibendung lagi. 

Aku pernah baling buku tepat kena dada dia. Masa tu tahap kesabaran memang dah berterabur ke tanah. 

Apa lagi? Perang pandangan pun terjadi. Dia pandang aku dengan rasa marah. Aku lawan pandangan dia. Dia pandang aku dengan mata yang bulat. Aku pandangnya dengan mengecilkan mata aku. Kecik besar kecil besar je aku tengok dia. Bila terlampau geram mata aku automatik akan jadi kecil bila pandang orang sambil ketap gigi. 

Seminggu dia boikot aku. Apabila aku masuk kelas dia, dia buat hal sendiri. Tak kisah dengan pengajaran yang aku ajar. Tak pun dengan selamba dia akan keluar kelas dan masuk kelas sebelah. 

" Sabar Aishah, sabar. Tak apa, budak ni keluar kelas, masih ada pelajar lain. Jangan marah-marah nanti tak boleh mengajar." Aku memujuk diri aku sendiri daripada terus marah. 

 Aku bukanlah seorang yang lembut dan liuk lentuk. Aku adalah aku. Dalam gurauan masih ada ketegasan. Dalam senda diselitkan nasihat. Aku buat apa yang perlu aku lakukan.

Aku marah dia, bukan sebab aku benci. Aku marah sebab nak membentuk budi bahasa yang dah lama hilang dalam diri dia. 

Dia sangat kurang perhatian. Dia sangat dahagakan kasih sayang ibu dan ayah. Walaupun, dia dibesarkan oleh makciknya dengan penuh kasih sayang, tapi hanya dia seorang sahaja yang tahu. Apa yang dia mahukan. 

Sikap dia yang kurang ajar, sebenarnya dia protes dengan kehidupan dia. Aku tahu, seminggu je dia akan boikot kelas aku, dan tak akan lebih daripada seminggu. Selepas itu, dia akan cari aku balik. 

Tak apa, hanya seminggu. Biar dia buat apa yang dia suka.

Hari kelima, aku panggil dia dan minta dia duduk di hadapan aku. Sesi permainan minda dan jiwa bakal berlaku. Merah mata dia menahan air bertakung dalam kolam mata. 

Hanya sedikit 'reverse psichology' mampu mengubah sedikit sikapnya. Kedegilan dan keras kepala masih kukuh temboknya masih belum dirobohkan lagi.

"Tak apa, pelan-pelan. Buat satu-satu Aishah." Aku berkata pada diriku. 

Sebenarnya, aku kagum dengan dia. Kenapa? Kenapa nak kagum? 

Mana ada pelajar yg sanggup buat ' part time' lepas habis waktu sekolah. 'Part time' kat bengkel motor pula. Kerja dengan Uncle Cina plak. Kagum aku dengannya. 

Benar-benar dia pandai bawa diri dia sendiri. Dia tahu, diri dia menumpang. Dia cari duitnya sendiri. Dia tak pernah minta duit belanja dengan makciknya. 

Mula-mula gaduh. Siap perang mata. Lawan pandang. Nak telan je rasa. 

Akhirnya jadi geng. Siapa tahu, budak pomen yang ganas, sebenarnya ada taman bunga dalam dirinya. 

Dia benar-benar berubah selepas ' accident'.

Apa yang dah jadi pada dia??????





Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T