Taman Seribu Bunga

Masih segar dalam ingatan. Pertama kali kaki aku menjejakkan kaki ini di taman ini, Taman Seribu Bunga. Taman yg meninggalkan seribu kenangan. 

Masih segar, bagaimana kami mencari taman ini..walaupun aku org melaka,tapi aku tak begitu mahir kawasan2 disini. 

Apabila ku melihat pokok itu..laju je airmata ni mengalir. Di pokok nilah kami buat prewedding photoshoot. Di rumah tradisional itu. Kau mengusik aku semasa bergambar. 

Di pokok buluh itu..kita masing2 terpaku memandang sesama sendiri tanpa berkata apa2 beberapa minit. Aku menikmati pandangan mata org yg aku sayang. Akhirnya masing2 terkejut apabila ada ranting jatuh. Kita tergelak gelak bersama. 

Indah..sangat indah. Semua itu hanya kenangan indah dalam hidupku. Aku hanya mampu tersenyum dalam kenangan dan mimpiku.


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir