Perkara yang paling sakit, bila.....

Hari ini 24 Ramadhan. Ramadhan kian berlalu. Sedih rasanya. Sebak teramat sebab Ramadhan kali ini tak sama seperti tahun-tahun lepas. 
Ramadhan berlalu dengan terlalu pantas. Ramadhan kali ini aku hanya beli biskut-biskut dan makanan untuk raya je. Baju raya? Hmmmm tak ada. Pakai je baju yg sedia ada dalam almari tu. Hati takde rasa nak raya. 

Kenapa? 

Entahla kenapa. Mungkin umur dah semakin meningkat. Dah takde rasa excited nak raya dah. 

Dah beberapa malam dah. Bila bangun je tidur, aku rasa nak nangis. 

Perkara yang paling sakit, bile kite rindukan orang yang telah tiada. Serius ...terlalu sakit . Rasa macam nak terkeluar semua organ dalam badan. 

Afta Haikal, dah beberapa malam kau masuk dalam mimpi aku. Dah beberapa malam juga aku rasa melayang je. Aku nampak kau. Aku nampak kau senyum. Senyuman tu jugak yang selalu buat aku senyum dulu, buat aku gelak. 

Dunia kita dah berbeza. Aku sentiasa doakan untuk kau Afta Haikal. Semoga kau sentiasa tenang di sana sahabatku.

Al-Fatihah

Comments

Popular posts from this blog

Terbuka pulak!!!!

mY Boss And I

18th July