Ciri-ciri pakwe sweet masa kini♡♡♡♡

Ciri-ciri Pakwe Sweet Masa Kini
*********************************

Kalau pakwe kau orang belanja makan tempat sedap, belanja naik kereta limousin, belikan hadiah mahal masa hari lahir kau orang tu gua rasa tak sweet sangat.

Zaman sekarang pakwe mesti kena celik kewangan. Tahu menguruskan kewangan dan ekonomi sendiri.

Kau orang perlu tahu, antara faktor penceraian rumah tangga adalah berpunca daripada masalah kewangan.

***

Antaranya;

1. Masa kau orang jumpa dia tak ada dia mengeluh pasal kena bayar PTPTN. Cakap PTPTN menipu bagai. Dia tahu kalau dah pinjam kena bayar.

2. Bercinta tak lama. Sekadar nak berkenalan saja. Ini dah masuk 5 tahun bercinta pun tak nampak lagi hala tuju menuju perkahwinan.

3. Tidak merancang untuk membuat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Buat majlis mengikut kemampuan.

4. Tidak selalu menceritakan tentang kereta mewah. Dapat gaji je modified kereta. Dapat gaji je tukar tayar jadi senget terkeluar.

5. Tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Bukan kaki berhutang sana sini. Bukan bercinta dengan pinjaman peribadi semata-mata untuk nampak bergaya.

6. Tak agungkan kad kredit. Beli tiket wayang guna kad kredit, makan dekat kedai hipster guna kad kredit. Padahal hutang kad kredit dah berlambak.

7. Tidak selalu guna ayat "Kita kena sama-sama susah dan senang" bila nak pinjam duit kau orang. Sebab ada kereta import mewah, bayar ansuran tinggi, hobi mahal tak padan dengan gaji. Hisap vape pulak tu memang tengah bulan akan pokai.

***

Kau orang kena ingat dik. Masa muda, masa zaman bercinta ni kau orang akan nampak yang indah belaka. Pakwe sanggup belikan anak patung besar, baju sedondon. Kasut sama.

Bila kau orang tengok pakwe orang lain buat kejutan kononnya sweet tu, mulalah kau orang menggelupur tag pakwe kau orang sendiri. Minta buat benda sama. Pesen nak ikut orang je. Kesian pakwe kau orang. Terasa nanti. Kakakaka.

Hakikatnya hidup berumah tangga kau orang kena belajar juga. Takkan sampai bila-bila nak bercinta yang tak halal je kan?

Kalau masa bercinta kau orang dah ber sweet bagai, nanti lepas berkahwin kau orang dah tak merasai manisnya bercinta lepas kahwin. Dah tak ada apa yang tinggal. Semuanya dah kau orang lalui.

Seeloknya bercinta lepas kahwin. Ber sweet lepas kahwin, barulah best dan dapat pahala.

Dah kenal setahun dua tu eloklah percepatkan perkahwinan. Tak de duit? Buat kecil-kecilan saja. Bincang dengan bakal mak ayah mertua kau elok-elok.

Diorang lagi suka ada orang nak jaga dan tanggung anak mereka. Taklah mereka risau kalau kau orang keluar malam angkut anak dia ye dak?

Ini tiap minggu lepak kedai kopi hipster lah, keluar tengok wayang lah, lepak kedai makan mahal-mahal, pergi bercuti luar negara je. Tapi nak membina tabung perkahwinan bersama-sama pun susah. Apa nak jadi la. Kah!

(Dipetik drpd penulisan : Amir Syahir) dengan pengolahan sendiri...

***


Comments

Popular posts from this blog

Terbuka pulak!!!!

mY Boss And I

18th July