18th July

18th July? Ada apa dengan 18th July? 

Tanggal 18th July ini, lahirlah seorang bayi perempuan yang putih gebu-gebas ke atas dunia ini. Ceewah kuat perasan pulak aku. Tapi kan..aku kecik-kecik dulu memang putih. 


Dah makin besar makin gelap gelita aku ni. Berlalunya tanggal 18th July itu maka semakin meningkatla umur aku. 

Tahun ni yang paling kelakar. Ayah aku wish pada jam 11.58pm pada 18 July tu. Kebetulan ayah tengok kalender. Mak aku pulak, sampai kesudah die lupa. Takpe takpe. Tahun lepas mak ada jugak wish even dah malam. 

As usual, ucapan-ucapan penuh di laman muka buku aku. Aku senyum je membaca satu persatu wish tersebut. Sambil membalas..

"Thank you thank you" atas setiap wish.

Terima kasih kawan-kawan sebab sudi nak wish. Tahun ni jugak aku dapat kad bufday. Dah lama gak tak dapat. Kawan aku sorang tu lagi awal wish, 16 July kad tu sampai. Haishhh haishhhh terima kasih banyak-banyak la hangpa ingat bufday aku weh.

Tahun ni ada beberapa perkara buat aku terharu. Perkara pertama buat aku terharu, 1st time la ada kawan aku wish face to face awal sehari. Masa tu kami dalam kereta nak keluar ke open house.

" wey, Selamat Hari Jadi tau. Aku wish kt kau awal sehari. Yang lepas kau wish kat aku lambat sehari."

Hakhakhak aku tergelak bahak-bahak. Aku bukan sengaja lambat wish. Henpon aku dah masuk hospital. Nak wish macam mane kan..kan..kan...

Perkara kedua, aku dapat video birthday daripada kawan aku jugak. Memang terharu aku tengok video tu. Serius, memang nanges masa aku buka. 

Terasa dihargai 😢😢😢

Terasa rindu masa zaman study. Bile bufday aku ada je suprise. Aksi kejar mengejar atas padang kawad. Bile balik bilik confirm lencun. Kawan-kawan aku pakat ramai-ramai. Diorang baling belon air. Konon-konon aku lari laju. Tapi kawan-kawan aku kaki diorang lagi panjang. Bile dah penat berlari. Aku pasrah jela di basahkan.

Bila dah habis aksi baling-membaling. Dalam kesejukan berselimutkan tuala yang kawan aku hulur. Kami makan kek ramai-ramai. Makan sambil gelak. Bukan aku sorang je basah. Diorang pun ada yang basah jugak. Makan kek dalam kebasahan.

Dah lama tak makan kek sempena bufday sendiri, pada tarikh yang tepatnya. 

Tapi tu semua hanya kenangan. Kenangan terlalu mahal yang tak akan berlaku lagi. Rindunyeee....

Usia makin meningkat. Takkanlah nak main lari-lari lagi macam zaman muda-muda. 

Terima kasih Ya Allah, kerana masih panjangkan umur aku. Untuk aku terus nikmati hidup ini.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Men are from Mars and Women are from Venus