Aku

Assalammualaikum


Kurang sopan betul aku ni. Post citer suda, puisi pun sudah tapi tak kenalkan diri aku pun. ish ish apa la nak jadi budak-budak zaman sekarang ni. Nak masuk rumah pun tak bagi salam main terjah jer. Aku la tuh orang nyer. aku ni bukan lah siapa-siapa. Hanya insan biasa yang serba kekurangan. Bukan lah insan yang hebat. Hanya insan kerdil ciptaan Allah.


Aku memang suka menulis dari sekolah lagi. Kalau time sekolah rendah dulu subjek karangan ni memang favourite aku la. Aku ingat lagi nama Cikgu BM aku. Dia memang cikgu kesayangan aku dulu, nama dia Cikgu Hasnah. Cikgu ni memang best. Suara dia kuat kalau korang berdiri selang 3 clss pun dh boleh dengar suara die. picth suara dia memang tinggi. Kalau cikgu Hasnah masuk AF mesti boleh menang nyer. Tapi sayang dia x minat nyanyi.


Aku kecik-kecik dulu memang nakal. Aku nama jer budak perempuan. tapi lasak, degil macam laki. Maklumla anak tentera. Anak ayah katakan. Walaupun ayah aku seorang tentera..tapi ayah aku tak pernah pun marah aku. Kalau aku buat salah, ayah tegur dengan elok. Masa aku kecik-kecik dulu, ayah selalu tegur cm ni.." Along..jangan buat. Ayah tak suka!'' Walaupun nampak cara ayah aku lembut tapi tegas. Haa kalau aku tak dengar cakap dan still degil. Time ni tukang pukul masuk campur. Pergh...berbirat-birat aku kene tibai. Mak aku, walaupun wajah nyer kelihatan redup dan lembut. Tapi berbisa..bila kene pukul.


Aku dulu ada seorang pengikut setia. Mana aku pergi mesti die ikut punye. Kalau aku gaduh ker berebut apa-apa ngan kawan aku. Die mesti jadi tukang sorak untuk aku. Tu lah adik perempuan aku. Memang setia giler ngan aku. Seolah-olah aku ni ketua mafia untuk die. Aku ingat lagi, kalau tak silap aku masa tu aku umur 8 tahun , adik aku tu 6 tahun. Jarak umur kami 2 tahun jer. Aku ngan adik aku tengah buat pistol kat dalam stor. Maklumla Kami dulu tinggal kat rumah flat. Kat bawah bangunan tu memang ada satu ruang untuk letak basikal tapi aku panggil ruang tu stor. Mane tak nye..banyak sangat barang-barang khazanah kat dalam ruang tu. Dapur gas yang dah rosak la, basikal buruk. sebab tu lah aku panggil stor.


Nak dijadikan citer tengah kami syok-syok potong kayu yang kami kutip. Datang la 3 budak laki ala-ala samseng kampung dusun. Masa tu aku ngan adik aku memang dah ankat barang nak blah dari situ. Sebab mak aku dah warning kat aku jangan gaduh lagi. Tapi diorang memang sengaja nak cari pasal. Boleh pulak diorang baling batu kat aku ngan anis. Si anis ni memang kuat nangis. Apalagi bingit telinga aku dengar die nangis. Aku dengan tak sengaja pun terpukul  sorang dari mereka ngan kayu. Lepas aku tengok budak tu jatuh.Kami pun lari la. Esoknye memang dasyat aku kene rotan. Sebab mak bapak budak tu datang rumah mengadu aku pukul anak die. Padan muka die..sebab kepala die kene jahit aku kene rotan jer.


Kalau nak citer perjalanan hidup aku dari kecik sampai sekarang ni..memang tak habis. Banyak betul kenangan manis masa sekolah rendah dulu. Memang time paling best la. Tiap-tiap tahun aku naik pentas dapat hadiah. Bukan dapat hadiah sebab dapat no 1,2,3 jer. Aku ni dulu suka menyibuk dalam setiap pertandingan. Cakap la pertandingan apa yg aku tak masuk. Pertandingan bercerita aku masuk, deklamasi sajak, catur,pidato, story telling, jazz chant..koir 000ps tidak. Aku tak masuk pertandingan koir yer sebab suara aku memang tak sedap. Anugerah paling best aku dapat masa tu "Tokoh Ko-akademik" hmm tokoh la sangat.


Masuk ke alam sekolah menengah tu pun macam tu. Aku still menyibukkan diri dalam aktiviti sekolah. Aku penah wakil daerah manjung ms tahun 2002 & 2003 untuk pertandingan chess. Tapi setakat wakil jer..sampai kat sane kalah. Ramai lagi yang hebat-hebat. Perjalanan hidup aku tak lah begitu mudah. Ada sesetengah orang usaha sikit tapi dah berjaya. Aku pulak jenis kene struggle sebab aku ni lembab sikit nak tangkap apa yg cikgu ajar. Jadi aku kene banyak pengulangan.


Walau camnepun alhamdulillah..skang ni aku berjaya jugak sampai sini. Belajar kat Uni ni. Aku memang teringin nak masuk USM pun dari  sekolah lagi. Aku dengar orang citer USM best.. USM bagus. yaaa USM memang best!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T