MEMAAFKAN & MELUPAKAN

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula,penuh dengan persoalan dan sering tertanya-tanya mengapakah perkara ini harus terjadi. Hanya insan yg pernah dicurangi boleh merasai perasaan itu, boleh memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam dan membunuh diri serta melakukan perkara yang dilarang agama.


Mengapakah ada insan yg sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan pasangannya setia dan tetap dengan perhubungan itu. Kenapa insan ini sanggup melakukannya?? Tidakkah insan ini mempunyai perasaan. Sedangkan insan ini mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak.


Insan, mengertilah setiap apa yang terjadi pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Hikmah yang cukup indah yang boleh menyembuhkan luka dihati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah, bahawa Allah tidak akan memberikan dugaan dan ujian di luar kemampuan hambanya sendiri.


Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu,apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita harus ingat siapalah kita untuk tidak memaafkan kesalahan insan lain. Sedangkan Rasul mengampunkan umatnya inikan kita hanya manusia dan insan yg kerdil di bumi Allah. Perkarayg perlu kita ingati..memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Walaupun ia sangat perit untuk ditelan. Untuk memberi hukuman jauh sekali. Siapalah kita untuk menghukum. Kita serahkan sahaja pada Allah Yang Maha Mengetahui.


Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan yg dilakukan, namun untuk melupakan mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran dalam hidup. Ingatlah, Allah sentiasa bersama kita. Allah adalah sebaik-baiknya tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan sesekali mengecewakan kita.


DON'T BE SAD

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T