Tamar Jalis

Pernah tak kalian dengar nama seorang penulis novel Tamar Jalis. Beliau menulis novel berkaitan cerita tentang dua dunia yang berbeza. "Bercakap dengan Jin". Novel yang ditulis oleh beliau mempunyai banyak jilid.

Dahulu, aku memang suka baca buku-bukunya. Aku mula membaca buku penulisan Tamar Jalis semasa aku berusia 12 tahun. Dahulu aku ada pakcik angkat di Perak. Di rumah pakcik ku terdapat beberapa jilid buku-buku penulisan Tamar Jalis. 

Hobi aku memang suka membaca. Pada mulanya aku rasa takut baca buku tersebut. Sebab penulisan beliau banyak menceritakan tentang dunia mistik. Novel itu mengisahkan atoknya yang sangat berpengalaman berhadapan dengan pelbagai situasi yang ganjil.

JIka difikirkan secara logik memang tidak boleh diterima akal. Walaubagaimanapun kita kena kembali semula pada agama, bahawa dunia ni tidak sahaja ada dunia manusia tetapi ada juga dunia untuk makhluk Allah yang lain.

Berdasarkan cerita-cerita di dalam novel ini, atok beliau bukan lah calang-calang orangnya. Dia bukan sahaja kuat agamanya tetapi ilmu kebatinannya juga kuat. Atoknya boleh bercakap dengan makhluk yang tidak boleh kita lihat.

Ramai orang cakap, sekarang ni dunia moden. Mana ada hantu, mana ada setan. Sape cakap takder??? Dunia sekarang ni la lagi banyak manusia mengamalkan ilmu yang songsang.

Kalau dulu-dulu, zaman atok-atok dulu kebanyakan orang tua-tua badan mereka bukan lah kosong. Maksud aku di sini, mereka smua ilmunya penuh di dada. 

Kadang-kadang ada yang menuntut ilmu terpesong, tetapi ada jugak yang mengamalkan ilmu yang berasaskan ayat Al-Quran. Inilah yang selalu kita lupa. Ilmu Allah lebih berkuasa.

Berdasarkan pemerhatian aku, bangsa Melayu ni kan pantang kalau tengok orang lain maju. Kalau ada orang lain ada yang maju dan dapat lebih sikit daripada die. Mulalah nak guna santau la.. hantar macam-macam kat hamba Allah yang tak berdosa tuh. Kau tau tak..santau tu sakit. Kau guna ilmu setan untuk aniaya orang. Kau lupa ya, Ilmu Allah lebih agung daripada ilmu setan.

Kau boleh musnahkan hamba Allah tu, kau boleh santau die sampai die mati. Tapi kau akan bayar semua perbuatan kau tu di akhirat. Kau lupa..kau lupa. Bahawa semua manusia akan menghadapi kematian.

Kalau macam ni lah punyer sikap. Sampai bile-bile pun bangsa Melayu takkan maju. Kenapa la kau tak berpandangan jauh?? kalau kau tengok kawan kau berjaya. Apa salahnyer kau belajar, minta tips cam ner die berjaya. 

Ni..kau punye la senteng. Kau guna ilmu khurafat tuh. 

Jika dahulu, aku pernah dengar. Ada orang boleh lihat makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, aku memang tak percaya. Maklumla, waktu tu pun aku kecik lagi, pastu duk asrama pulak tuh. Aku ni kan PEMBERANI. So, aku memang tolak mentah-mentah apa semua orang cakap.

Setelah umur ku makin meningkat, aku mula menerima dan mempercayai semua itu. Tapi aku tidak lah taksub. Kalau kita lihat di dalam Al-Quran pun, Allah memang ada sentuh tentang makhluk-makhluk yang ada di mukabumi ini. Tidak hanya terdiri daripada manusia tetapi terdiri juga daripada jin dan syaitan.

Jin ni juga ada dua, satu golongan adalah jin Islam dan satu lagi golongan kafir. Sama juga dengan manusia, ada yang Islam dan ada yang kafir. 

Walau camna pun dunia mereka memang berbeza. Jika kalian pernah lihat cerita "Puteri Bunian", tidak dinafikan bahawa, itu adalah serba sedikit gambaran dunia mereka untuk yang Islam. Kita sebagai manusia biasa tidak boleh menidakkan kehadiran mereka.

Mereka boleh melihat kita, tetapi kita yang tidak dapat melihat kehadiran mereka. Kerana pandangan kita telah ditutup.


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir