Sahabat~~~~

Tidak ada apa yang mampu diungkap. Biarlah jari ini yang bergerak dan mencoretkannya. Setiap destinasi berbeza laluannya maka berbeza keadaannya mungkin berlengkok mungkin lurus. Aku dah lama tak merasai perasaan ini.

Ada seorang kawan aku pernah berkata, dia tak pernah tengok aku CEMBURU. Aku hanya mampu gelak, takde sebab untuk aku berperasaan camtu. Giler apa kalau dah kawan kawan nak cemburu. Die nak kawan ngan berapa juta perempuan pun, kawanla sebab aku ngan die pun kawan. SO?? rasa-rasa perlu ke aku cemburu. Sampai kawan aku ni katakan aku "Manusia takde perasaan". Aku balas balik, "Ko bukan pakwe aku, tunang aku pun nak wat aku cemburu bagai."

Aku pernah punya kawan. Seorang yang baik. Dia seorang kawan, kawan aku yang sangat baik. Dia pernah berkata, aku punya sepasang mata. Sepasang mata yang penuh cerita, sepasang mata yang tak tahu menipu. Dia pernah berkata, dia tahu bila masanya aku betul-betul gembira dan bila masanya aku berpura disebalik gelak tawa. Dia kata bila aku benar-benar gembira, mata aku bersinar dan alam sekelilingku juga seolah meraikan kegembiraan aku. Tapi bila aku berpura, dia tahu dari kerdip mata aku. Kadang2 aku musykil, bagaimana kawan aku itu tahu semuanya. Sedangkan aku, kadang2 keliru dengan perasaan aku sendiri. Hati aku berkata, dia adalah kawan aku.  Dia adalah kawan yang baik yang pernah aku ada. Pendengar yg baik. 

Mendengar dan memberi pendapat jika perlu. Jika tidak die akan terus mendengar setiap apa yang aku katakan,luahkan dan bebelkan. Dia adalah kawan aku. Dia pernah berkata, dia paling takut apabila aku diam. Dia kata seolah-olah dia dah hilang persahabatan kami. Dia adalah kawan aku, tak pernah kedekut dengan masanya. Suatu ketika dahulu aku pernah mencarinya awal pagi. Bukan 7 pagi bukan 6 pagi tetapi 3 pagi. Berkali kali aku "call" dia. Suatu ketika yang benar-benar sukar untuk aku lalui. Dia pernah berpesan pada aku, andainya aku terasa hilang akal, sedih melampau carilah dia bila-bila masa sahaja,"call" lah dia tak kira jam berapa pun. Dia sentiasa ada untuk menemani. Dia pernah berkata. Dia tak sanggup melihat kawannya sedih, kesunyian keseorangan.

Bukan mudah untuk menyayangi orang. Bukan mudah untuk aku menerima. Bukan mudah untukku berikan hatiku. Bukan mudah untukku berikan kepercayaan. Sebab aku takut, sayang aku disia-siakan.Sebab aku takut hati aku tak selamat dengan penerima itu. Sebab aku takut kepercayaan aku dikhianati. Aku pernah percaya sejuta peratus dahulu. tapi apabila kepercayaan dikhianati. Tahu bagaimana rasanya???? Rasa seperti berpijak di bumi nyata dan hanya jasad yang melangkah tanpa roh. itulah rasanya apabila kepercayaan itu hancur. Sama seperti hancurkan roh aku. Untuk membina kembali kepercayaan. mungkin mengambil masa yang lama.

Suatu ketika dahulu aku pernah jatuh. Bukan jatuh terduduk,tetapi lebih teruk daripada itu. Sampai suatu tahap, aku rasa aku tak mampu untuk bangun berdiri kembali. Kerana luka itu terlalu dalam sehingga tak mampu untuk aku berdiri. Aku punya kawan. Dialah kawan aku, pendengar yang setia. Mendengar semuanya. Tanpa sedikit keluhan apabila mendengar.

Banyak perkara yang terjadi. Banyak perkara yang dipelajari. Terima Kasih tak terhingga kepada kawan aku. Mungkin ini yang dikatakan sahabat. Afta Haikal kwn yg aku knl di library. Die pun dh ada kehidupannye sekarang. Aku turut gembira dgn kehidupannya kini

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T