horrAAA My new experience



Lama dah tak update. Maklum la dah berjauhan dari UNi. Mane la ada wifi free area perumahan taman kan..

Haaa yang ni pun tetiba plak tangan ni bleh gatal-gatal klik kat connect line...Haiyyaaaa ada orang buka public wifi. Encik @ Puan kami menumpang sikit ye wifi anda.


8/2/ 2012

sesi baru untuk permulaan sem. Sesi dalam menghabiskan sisa-sisa gelaran seorang student. Coz after this maybe dah bertukar tittle.

Pejam celik pejam celik, telentang telungkup dah nak habis rupanya sem .

This is my final sem n we're in practical as teacher. Aku dah berjauhan dari Uni tercinta ku (poyos betul ayat).
SKHA ( Sekolah Kebangsaan Hashim Awang) dimana??? Mana lagi kalau bukan kepala batas..tu dia zon seberang Perai Utara, it's nearer with Sungai Petani.

-------------------------------------------------------------------------
Hampir seminggu kami di sekolah ni. Cikgu-cikgu Pendidikan Khas sekolah ni memang best. Diorang memang sporting habis. Kelas Pendidikan Khas SKHA antara murid paling ramai dalam negeri PULAU PINANG. First time kitorang datang untuk sesi suai kenal pada 1/2/ 2012. Jumlah murid pada waktu itu ialah 69 orang.

Tapi kini..pada hari ini bersamaan 15/2/ 2012, jumlah murid makin-makin bertambah kepada 81 orang. Cuba bayangkan juz dalam beberapa hari sahaja murid bleh bertambah dalam jumlah yang begitu ramai.

Pertama kali aku masuk sekolah ini..pertama kali aku menjejakkan kaki aku ke kelas pendidikan khas ni. Aku terpandang seorang murid yang sangat menarik perhatian aku. Mukanya seperti seorang kanak-kanak Melayu.

Tapi bile aku tengok data die, rupanya he's a Chinese boy. Lee Sheun Kai ..his face so sweet. Aku paling suka tengok die senyum..lesung pipi die punye la dalam. Aku pun takde lesung pipi bile senyum ..haish jeles betul aku tengok.

Sheun Kai...die seorang kanak-kanak ADHD. Die sangat suka berlari. Sangat suka bermain air.

Perkara yang aku tak boleh lupa..pada 10/2 bersamaan hari Jumaat. Pada hari itu sekolah mengadakan bacaan yasin perdana. Semua guru dan murid terlibat.

Heee tapi aku tak pergi. Aku ngan umi-umi duduk kat kelas PK n tengok budak2 tu. Tengah syok2 aku sembang ngan umi  tetiba Sheun Kai lari ke belakang kelas. Aku panggil Sutesh suruh die cari Sheun Kai tapi die tak dapat nak tangkap Sheun Kai.

So, aku pun pegi la belakang kelas. Waaa aku mulakan sesi marathon. aksi kejar-mengejar pun berlangsung. Fuhhh kalau Mak mertua aku nampak aku kejar Sheun Kai waktu tu mesti die beristighfar panjang silap2 bleh pengsan. Mana tak nye dah macam budak2 tak cukup umur aku lari.

Saat yang mencemaskan bile Sheun Kai panjat pagar dan kaki die dah ada kat atas tembok. Kat tembok batu tu dah la ada besi tajam. Seram aku bile diingat ingat kembali saat tu.

Aku panggil Sheun Kai turun dari tembok. " Sheun Kai turun sini. Jangan panjat. Tajam besi tu!!!!"

Aku memang nekad waktu tu..aku terpaksa pijak tanah-tanah lembik tu untuk capai si budak nakal sorang tu. Masa aku pegang tangan die. Sheun Kai dah tunjuk muka takut dan jerit ketakutan.

"Tak, tak cikgu tak pukul la. Sini ikut cikgu. Sheun Kai pegang tangan cikgu ni." apabila die pegang tangan aku. Aku terus dukung die.

Senyap pulak die bile aku dukung masa tu. Alhamdulillah...budak ni tak meronta. Kalau die meronta, silap-silap hari bulan aku ngan die die sekali masuk longkang.

Sheun Kai Sheun Kai.....i feel he's so special to me. Nak upload gambar budak comel ni..tapi line CIPUT maklum la menumpang line orang lain kan....



Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

Saat Terakhir

Men are from Mars and Women are from Venus