itulAH MANUSIA....

Kehidupan...

Apa yang korang faham bile kite cakap tentang kehidupan....?
Susah kan nak jawab persoalan ni even soalan tu dengar macam mudah...
Itulah sebenarnya kehidupan...

Kadang kala kita rasakan nya mudah..tetapi bile kite dah hadap nye baru la kite tahu jawapan sebenarnya..Tak semudah yang disangka.

Kadang kala kita rasakannya susah...Ya!! memang susah tapi bile kesabaran menjadi tunjang kekuatan..perkara yang susah tetap dilalui walaupun ia susah.

Kehidupan......
Kadang kala kite berada di atas...
Kadang kala kite berada di bawah...
Itulah lumrah alam....

Apabila kite berada di atas...selalunya kite akan alpa dan tak pernah tunduk ke bawah bahawa kite akan jatuh suatu hari nanti.

Aku juga sama seperti itu...Ketika aku sangat gembira dan rasakan seperti dunia ini hanya aku yang punya...Aku tak pernah terpikir bahawa dunia ini dihuni ramai orang dan manusia. Manusia yang pelbagai ragam dan sikap.....

Aku tak pernah terpikir bahawa aku akan jatuh dan mematahkan tulang temulangku. Aku tak pernah fikir bahawa aku akan luka apabila jatuh dari tempat tinggi itu. Luka yang terlalu dalam dan mengambil masa terlalu lama untuk sembuh. Mungkin juga luka itu takkan sembuh sampai  bila-bila.

Aku tak pernah fikir bahawa ada manusia yang bertopengkan haiwan. Sanggup menikam saudaranya sendiri. Sanggup membunuh orang yang pernah die sayang. MANUSIA yang sanggup membina kebahagiaan atas kesakitan dan tangisan orang lain...

Kenapa manusia ini perlu ada???

Layakkah mereka ini dipanggil MANUSIA???

Setahu aku MANUSIA ada perasaan..ada akal..

Dalam kamus diri aku...MANUSIA bukan seperti itu....MANUSIA takkan menyakiti orang lain. MANUSIA takkan membuatkan orang lain jatuh lagi-lagi orang yang disayangi......

Kalau MANUSIA itu ada perasaan pasti die takkan melukakan orang lain......

Mak selalu pesan... "Jangan berdendam...Allah ciptakan manusia ni ada akal. Jangan jadi macam binatang. Biarlah orang buat kite tapi jangan sesekali kite buat orang. Kalau kite balas balik kite pun dah sama macam die. Sama macam binatang yang tak berakal tu. "

Kalau binatang tak berakal..manusia pun ada juga yang tak berakal. MANUSIA yang tak tahu bezakan yang mana baik dan yang mana buruk.  MANUSIA yang tak ada perasaan. MANUSIA yang tegar merampas kebahagiaan orang lain....

itulah MANUSIA...............

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir