Wahai Bintang Hatiku

Ramadhan bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Semoga setiap perkara kebaikan yang berlaku ini akan terus berkekalan.

Aku tak pandai nak berkata-kata, apatah lagi mengucapkan kata-kata yang manis. JIka oran itu melihat aku begini..maka beginilah sebenarnya diriku. Tiada apa yang berubah. Aku tetap aku.

Wahai Bintang Hatiku, akhirnya kau muncul jua. Terima kasih sebab sudi menunggu ku dalam waktu yang agak lama. Kau sabar menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak. Jika aku katakan, kau menunggu waktu untuk meluahkannya, pastinya tidak. Kerna kamu juga seperti ku tak tahu untuk meluah. Hanya bisu, kaku dan beku.

Penantian mu itu memang tepat. Jika sebelum ini kamu gopoh, pasti mentah-mentah aku akan menolakmu tanpa sebarang alasan. Waktu itu aku memang tidak bersedia untuk menerima seseorang yang lebih daripada kawan. Tidak kisah lah jika insan itu seorang yang sangat kaya ataupun kacak rupanya. Hatiku memang tidak tertarik dengan semua itu. Jika aku katakan hatiku belum bersedia, memang aku tak bersedia.

Jika hatiku katakan yang aku telah tertarik. Insyaallah aku akan setia padanya dan tidak ada yang lain. Wahai Bintang Hatiku,kau tak kenal lelah untuk mengambil hatiku. Sedangkan aku melayan kau dengan biasa-biasa sahaja. Kau sedaya upaya memberi dan memberi kepadaku. Aku pula sentiasa menolak pemberianmu dan sering membuat kau kecil hati.

Maaf wahai Bintang Hatiku, aku tak berniat membuat kau terasa hati. Perjalanan kita baru sahaja bermula. Perasaan takut ku masih ada dalam diri. Aku takut, jika aku dah sayangkan seseorang itu dan terlalu sayangkannya tiba-tiba dia berpaling. Kemudian tinggalkan aku sendiri. Aku tak cukup kuat untuk menghadapinya lagi.

Wahai Bintang Hatiku, jika diizinkan aku ingin menemanimu dan sentiasa bersamamu. Aku tak minta untuk kau berikan aku kekayaan dan harta. Cukuplah kita hidup dalam kesederhanaan asalkan kita gembira dan sentiasa berlapang dada.

Wahai Bintang Hatiku, aku tak minta untuk kau menjadi sempurna kerna aku juga penuh dengan kekurangan. Cukuplah kalau kau mampu menegur kesalahanku dan membimbingku berlandaskan jalanNYA.

Wahai Bintang Hatiku, pada saat ini dan waktu ini, aku rasakan seperti berada di awang awangan. Aku lihat sekelilingku semuanya color PINK. Hatiku berbunga-bunga dan tidak keruan apabila kamu berada dihapanku.


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T