MESRAKAN JANGAN LAGAKAN!!!

Perbuatan meremehkan org muda bukan lah suatu yg asing dalam kehidupan...

" Pelajar-pelajar suka ikutkan perasaan. Tapi ingat kalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak diduga!!"kata seorang guru persatuan berucap di pentas. Guru itu memperlekehkan pandangan pelajarnya yang mengkritik pihak atasan. Semuanya dipukul rata sebagai pandangan tanpa sokongan ilmu dan mengikut perasaa.

"Ghurur"kata sesetengah orang.

Golongan muda/ orang muda/ remaja sering digambarkan golongan yg berpikiran singkat, tak berfikir panjang, mengikut persaan, belum mengenal erti kehidupan. Soal siapa yang makan garam dulu juga sering dipertikai dalam hal ini.

Alasan ini juga sama yang telah digunakan oleh orang Musyrik semasa berkata tentang Ibrahim a.s. ketika berhala-berhala mereka dicela.

Menjadi orang muda bukanlah suatu yang hina atau kekurangan.

Potensi!!!!!

Itulah nilainya. Nila kepada seorang anak muda. Potensi untuk impian dan harapan. Usia muda juga adalah usia pilihan bagi ahli syurga.

Anak muda dan golongan berusia memiliki kekuatannya tersendiri.

Anak muda memiliki semngat, kesungguhan dalam mendapatkan sesuatu, tubuh  badan yg sehat, serta daya responsif yg optimum. Tapi macam mane pun kite kene akur pada kelemahan kite sebagai orang muda. Kelemahan yg bukan disengajakan tapi  perjalanan hidup yg belum panjang  yg kurang dalam memilikinya.

Itulah pengalaman.

Anak muda kurang pengalaman.Sedangkan pengalaman itu adalah guru yg berbeza kalau dibandingkan dengan ilmu. Jika ilmu mengajar manusia menjadi alim (berilmu) pengalaman membentuk manusia menjadi hakim (bijaksana)

Dalam Al-Quran, Allah menggabungkan nama-Nya ALEEM dengan HAKEEM. Kalau kombinasi ini hendak diteladani oleh manusia, ia mengajar kite bahawa berilmu sahaja tak memadai.Kesarjanaan bukan jaminan untuk bertindak tepat kerana ia mesti datang dengan kebijaksanaan. Ilmu menganugerahkan kesarjanaan tapi masa dan pengalaman menganugerahkan hikmah kebijaksanaan.

Itulah kekurangan kite sebagai org muda.

Masa belum banyak memberikan pengalaman hidup, ilmu yang ada belum dimatangkan dengan pengalaman yg perlu.

Keadaan ni berbeza dengan orang tua yg lebih dewasa. Mereka dah melihat dan menempuh kitar usia manusia. Banyak perkara yg dah berlaku, banyak percubaan demi percubaan diambil sepanjang perjalanan hidup. Itulah natijahnya. Cause and effect banyak yang sudah dilaksanakan dan dilalui semua itu menajamkan pemerhatian serta pandangan orang tua.

Oleh itu anak muda, berdampinglah dengan orang tua. Bertalaqqilah menadah pengalaman mereka. Mintalah nasihat dan bimbingan mereka. Janganlah sombong dan angkuh dengan orang disekelilingmu, dengan kata-kata " Saya tak kesahlah orang nak kate saya sombong ke ape. Lagipun saya baru je kenal orang tua tu. Tak perlulah nak buat baik , tetiba nak rapat" Bila saya mendengar ayat ini keluar daripada seseorang itu, saya rasakan seperti ada yg tak kena. Kenapa begitu sombong perkataannya itu.

Bagi golongan yg telah ditelan usia, jangan dibawa pengalaman kekubur tanpa tinggalan. Dekatkanlah diri, dan berdampinglah dengan golongan muda. Jangan lokek berkongsi pengalaman dgn mereka. Betulkan silap mereka, tunjukkan potensi mereka.

Janganlah dimatikan potensi mereka. Seperti kata mantan Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, " When the water starts boiling, it is foolish to turn off the heat."


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir