Suka Kencing Ye????

Susah ke nak berubah?  Kalau nak berubah jadi jahat senang je. Sape cakap susah? Tipu orang..sakit kan hati orang. Haaaa....kan...

Bohong la kalau ada orang cakap die tak penah menipu. Sikit-sikit mesti ada.

Ada juga orang menipu bersebab, ad yang menipu untuk kepuasan diri sendiri. Itu bergantung pada niat individu, hati masing-masing. Hati tak boleh di baca. Kalau orang lain bleh baca hati kite, mesti takkan berlaku penipuan.

Si penipu maybe tak rasa apa-apa, takkan bagi kesan kat die. Tapi bagi yang di tipu, rasa nak cekik-cekik je orang yang tipu kite tu. Sakit rasa biler kene tipu.

Si penipu ni sifat nye suka bagi banyak alasan. Macam-macam alasan yang direka. Kreatif giler manusia yang kuat menipu ni. Mane tak nye, bercabang-cabang alasan diorang. Alasan diorang tu kadang-kadang logik jugak. Tapi hakikat nye makhluk tu menipu.

So, kadang-kadang tak tau nak bezakan yang tu tipu ke betul. 

Ustaz kite penah cakap, " Setiap manusia ada gerak hati masing-masing. Seperti gerak hati seorang ibu kepada anak-anaknye. Kadang-kadang die dapat merasa ada perkara buruk sedang berlaku pada anaknye, sedangkan anaknye ketika itu jauh di mata. Gerak hati ni jugak boleh berlaku pada pertalian persahabatan. Apabila kite betul-betul sayangkan sahabat kite atau sayangkan seseorang tu, maka telah terjadi pertalian hati antara hamba Allah itu."

Kadang-kadang kite dengar, orang cakap,  " Aku rasa tak sedap hati la, macam ada yang tak kene je."

Ada yang kate, kadang-kadang perasaan tu permainan syaitan. Ye, ketidaktenteraman jiwa, berburuk sangka. Syaitan memang suka memecah belahkan umat manusia.

Tapi, apa-apa pun kite kembali kepadaNya. Dia yang wujudkan segala perasaan kepada setiap hambaNya, DIA juga yang menggerakkan hati hambaNya untuk merasai. 

"Kalau kite rasa tak tenteram, tak sedap hati. Buat sembahyang sunat 2 rakaat, minta tenangkan hati jangan fikir bukan-bukan. Disamping itu, minta petunjuk kenapa rasa perasaan sebegitu." Pesan ustaz tersebut dalam kuliahnya.

Benar katanya, sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Allah. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. 

Selalunye orang perempuan ni, kalau rasa tak enak, tak sedap hati. Directly akan call.." Hello, you.. you tgh wat ap? You ok? i msg you tak reply, i call you, ni dah kali ke-3 baru you pick up."      
" Sory la, i tgh bz. i oncall sekarang ni. Tadi i kat cubicle tengah treat patient" confident jwpn yg diberi.
" Alaaa kesiannye you, sory la i kacau you tengah keje. You keje elok-elok. Sabar banyak-banyak treat patient."  Pesan si pemanggil penuh berhemah. Dengan lurus pembarisnye percaya dengan jawapan yang diberi walaupun hatinya masih tak keruan seolah-olah masih ad persoaln yg masih belum di jawab. Hakikatnye, apa yang sedang dilakukan Si Penjawab. Hanya DIA sahaja yang melihat.

Sesungguhnya doa orang yang teraniaya akan diperkenankan.

"Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya sekalipun dia kafir,kerana sesungguhnya ia (doa orang teraniaya) tidak dihalangi" --sahih Riwayat Ahmad, Abu Ya'laa dan Dliya dari Anas [ Hadis 0150]

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a: Rasulullah bersabda, " Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka."

 Jika mereka hendak menipu biarlah mereka terus menipu. Lagipun penipuan demi penipuan yang telah dilakukan telah terbongkar satu persatu. 

Diam seribu bahasa tanpa khabar berita, bila disapa dan ditanya. Pelbagai alasan ditabur. ho000 tak mengapa. Teruskan la sikap kamu tu. Tak perlu lah kamu memaksa diri untuk berterus terang kalau kamu tak suka. Si Pembaris mungkin akan percaya dan terus percaya. Sehingga lah semua yang kamu tutup dan cuba berdiam itu terbuka dengan sendirinya.

Benang yang dah basah, tak boleh nak ditegakkan balik. Walau air mata darah mengalir sekalipun, nasi telah menjadi bubur. Bubur tak mungkin akan bertukar menjadi nasi kembali. Tak perlu melutut nak minta maaf. Semuanya telah berakhir. Tak perlu lah kamu nak cari balik barang yang telah kamu buang.

Nasi dah pun jadi bubur, sedap apa makan bubur ngan sambal ikan bilis. Makan panas-panas memang kecur air liur.

Jom kite masak nasi, pastu buat Nasi Goreng Daging Merah..FuuhhHHH memang Terbaeeekkkk !!!!






Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

Saat Terakhir

Men are from Mars and Women are from Venus