Cerita itu

Masa terus berlalu tanpa henti. Tak mungkin sesekali berputar kembali. Perjalanan diteruskan seperti biasa. Tak mungkin terhenti. Biar apa pun yang terjadi mesti diteruskan.

Dah lama jari ni tak menaip di ruang ini. Ada perkongsian kah? mungkin ada, ia terlalu banyak tidak terbendung sehingga melimpah seperti lava gunung berapi.

Setiap musim ada ceritanya. Setiap waktu ada kejadian. Kejadian demi kejadian terjadi terus menerus menggasak kepala otak aku yang kecil ni seperti hendak pecah.

Kadang kala aku rasa seperti dah putus harapan. Aku cuba belajar, aku telah menerima seadanya, aku cuba mencuba dan terus mencuba sehingga aku sendiri jatuh tersungkur keletihan yang teramat. Apa yang perlu aku lakukan?

Aku tak mampu lakukan nya sendiri. Bagaimana untuk aku belajar sendirian? Bagaimana untuk aku belajar, jika persoalan tiada jawapan? Bagaimana??  Bagaimana???? Bagaimana???

Aku tak mampu. Aku dah tak larat, aku terlalu penat.

Apa yang mampu aku lakukan. Tutup daun pintu serapatnya, bersandar di belakang pintu dan menangis sepuasnya. Itu sahaja yang mampu membuatkan hatiku puas. Menyorok belakang pintu.

Mungkin itu lebih baik untuk aku, daripada aku terus menerus membentuk soalan dan tak mungkin terima jawapan.

Kini , aku dah tak perlukan lagi semua jawapan untuk persoalan aku. Aku dah buang semua soalan tanpa jawapan tu. Persoalan yg menyakitkan tanpa jawapan.

Ramadhan tahun ini, ada ceritanya tersendiri. Ceritanya berbeza drpd semalam. Ceritanya lain daripada tahun lepas.

Biarlah....Biarlah...kalau masih ada jari yang menuding ke arah kamu. Biarkan dgn jari-jari itu. Bile penat berhentilah mereka tu.

Setiap yang terjadi jadikan pengajaran dan iktibar dalam diriku. Aku percaya pada ketentuan-Nya. Satu persatu kejadian dimunculkan untuk tatapan. Senjata orang Muslim adalah doa. Jika kamu berkehendakkan sesuatu, berdoalah kamu kepada-Nya. Sama ada cepat atau lambat pasti kamu tahu jawapan yang telah kamu mohon kpd Allah.

Wallahualam. Aku hanyalah insan kerdil yanga terlalu hina di sisi Allah. Seorang hamba yang cuba perbaiki dirinya yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir