Hati !!!! oooo Hati !!!

Huwaaaaaaa menguap besar-besar jangan lupa tutup mulut. Lamanya jari-jemari yang runcing ni tak menaip di My Heart. Banyak benda yang berlalu tanpa coretan. Dulu punye la rajin. Sikit-sikit nak taip. Sikit-sikit nak citer pppffftttt.

Seolah-olah dah hilang semangat nak menaip. Setiap kali jari ni nak menaip beku ayat-ayat dari kepala otak ni nak keluar. Dah tiup banyak kali pun tak keluar gak. Lastly, tutup je my pinky baby ni (my netbook) then sleep.

Teringin nye nak mimpi putera kayangan. Fuuuhhhh mesti jadi sweet dream giler yang takkan pernah dilupakan. Berjanggut la ang Cah nak mimpi Putera Kayangan. " Ang ingat ang tu puteri raja? ada pulak putera kayangan tringin nak masuk dalam mimpi tu?"

Nama pun dah mimpi. Mesti la nak yang indah-indah sampai boleh tersenyum dalam tidur waaa. Sweet.

"Hati!!!!  OOooo Hati !!!! Dimana kamu Hati??"

Haishh mane je la hati ni dah hilang.

Mane ada hati ni hilang. Tak pernah pun hilang, juz merajuk je ngan apa yang jadi.

Hai Hati , cukup-cukup la merajuk nye tu, takkanla kamu nak salahkan yang Maha Pencipta ngan apa yang terjadi ni.

Tak pernah terlintas nak salah menyalahkan. Semuanya telah tertulis dan telah ditakdirkan. Kita hanya merancang tapi yang menentukan segalanya adalah DIA.

Hati dah terima semuanya dengan tenang.

Aku ada kawan, dia baik sangat. Aku dah lame dah kenal die. Masa belajar dulu lagi. Pastu tetiba terputus hubungan kerana sesuatu perkara. Die kawan yang baik. Selalu ambil berat. Dipendekkan cerita die adalah kawan yang amat menyenangkan dan menggembirakan.

Aku rasa dia masih berharap dengan niat yang pernah disampaikan sebelum ni. Ikutkan Hati, Hati nak terima tapi takut kalau itu keputusan yang sangat terburu-buru. Niat hati bukanlah untuk mempermainkan perasaan sesiapa. Lebih baik berkawan atas paksi sahabat dahulu. Hati berpegang pada kata-kata, 'Kalau dah jodoh takkan kemana.' Hati juga mahu melihat, die seorang yang sabar kah untuk menunggu seseorang. Hati memerlukan sedikit masa lagi untuk memberikan jawapan.

Hati tersenyum sendiri, apabila  berita yang die sudah berteman. Ok tak mengapa, lagipun aku dan die hanya kawan. Pertama kali kami keluar dan mungkin itu adalah yang terakhir. Die kawan yang baik, pasti temannya juga adalah seorang yang baik.

"Cinta itu suatu kuasa kerana ia terletak dalam hati, raja yang paling berkuasa dalam kerajaan manusia ~~( Pahrol Mohamad Juoi)

ustaz ku dahulu pernah berpesan kepada anak didiknya, "sebelum kamu menggapai cinta manusia, gapailah dahulu cinta Allah. Kamu wajib cintakan Allah lebih daripada manusia itu sendiri."  Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata tu masa dalam kelas munakahat dahulu.

Pertama kali masuk kelas tu malu giler rasa. Kalau jumpa orang kat bus stop dan tetiba orang tu tanye", ada class ke? Class ape?"  Nak jawab yang kami ni nak pergi class munakahat memang rasa nak pakai topeng Ultraman la.

Tapi kawan-kawan yang ajak aku join class tu sangat positif. Aku masuk clss tu pada waktu free je, tak masuk exam dan tak masuk dalam unit pun. Sekadar suka-suka. Pada mulanya suka-suka, lama-kelamaan seronok jugak class tu.

Banyak benda yang aku belajar. Tak semua perkara kita tau. Kadang kala kita dah tau, tapi perlukan perincian nya lagi. Terima Kasih Ya Allah...Kau kurnia kan aku sahabat-sahabat yang baik. Kau tahu hamba mu ni jahil tapi Kau telah kurniakan aku sahabat yang baik dan sentisa mengingatkan aku kepada-Mu.

Kalau cakap bab kahwin. Waaa seronoknye, ada kompang, pakai baju cantik-cantik, bergambar sana-bergambar sini. Bak kate orang ramai 'Menjadi Raja Sehari'.

Tapi tau kah kite perkahwinan itu sebenarnye terkandung tanggungjawab yang harus dipikul oleh Sang Suami dan Sang Isteri. Kahwin itu bukan lah suka-suka..HUHA sane HUHA sini. Tapi perkahwinan itu adalah untuk melahirkan zuriat dan generasi yang mengembangkan lagi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Janganlah sampai cinta kite dilabelkan sebagai Cinta Fatamorgana. Takut nye jika perkara itu terjadi. Takut nye jika rumah kite yang kite diami bersama insan yang kite sayang itu menjadi seperti kubur. Syaitan bebas berlari-lari anak kesana dan kesini.

Marilah kite membina Cinta High Class. Cinta yang dibina atas dasar Cinta Allah. Perkahwinan yang diikat itu menjadi sebua perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan.

Cinta itu fitrah. Jika berbicara tentang rindu dan cinta, manusia tak dapat lari daripada soal hati dan rasa.

Belajarlah mengawal diri dengan baik. Jangan diikutkan perasaan yang sedang hangat dan bergejolak itu. Belajarlah bersusah payah mengekang NAFSU, kerana susah payah itu bekal bahagia.

Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan takwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia,pastinya neraka abadi di alam sana.

Tidak ada yang sempurna di atas muka bumi ini melainkan DIA Tuhan Semesta Alam. Menciptakan bumi tanpa paksi dan sebarang untaian benang.

Aku hanya manusia kerdil yang masih belajar untuk memperbaiki diri.








Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T