~~ Kembali ~

Dah lama jari-jemariku ini tak menaip di sini. Tak tahu apa yang hendak dikongsikan sebab semuanya telah tersurat di dairy. Giler rindu nak menaip tapi selalu kekeringan idea. Kecelaruan menguasai minda maka idea pun tak terbentuk ~~ahaks~~

Permulaan tahun baru masihi 2014. Pada Maal Hijrah yg lepas memang aku telah memulakan kehidupan yang baru dalam diary hidupku. Permulaan yang lebih menenangkan hati.

Menyambut tahun baru masihi dengan hati yang lebih bersemangat aummm segagah harimau . Hati berbunga-bunga menyambut tahun baru. Semoga perasaan ini terus berkembang mekar~~ auucchh~

Sebelum ini aku pernah menjauhkan diri darinya, tapi kini die kembali. Gembiranya tak terkira. Tak boleh nak gambarkan macam mane. Hanya Allah je yang tau perasaan gembira aku ni. Tak sangka, sangat tak sangka die boleh muncul balik dalam hidupku. Lama giler lost contact, sebab aku sendiri yang jauhkan diri daripada die kerana 1 perkara hmm..

Seseorang yang aku pernah kawan dengannya dahulu, aku pernah suka kan die dahulu, dan....aku pun pernah ter...jatuh ha.....ti...dengannya dahulu, ye! die muncul kembali. Masa aku suka kat die dulu, aku diam jela. Simpan jela buat jeruk. Lagi lama disimpan lagi sedap rasa jeruk tu :D hehehehe.

Nak mengaku memang takla. Aku memang tak pandai cakap hakhakhak. Kalau aku cakap mesti tak keluar suara la stakat jerit-jerit dalam hati boleh la, memang teror sangat. Lagipun masa tu, aku ni belajar pun tak habis lagi. Konvo tak lagi. So, kalau suka pun senyap jela.Saya kan anak dara yang pemalu~~ auuuwww motip sangat~~

Senang bangat kawan dengan die. Kepala otak pun lebih kurang sama, cuma aku ni lebih banyak sengetnya dari tegak. Seorang kawan yang boleh diajak bergurau. Paham-paham jela dah nama kawan-kawan gurau memang kasar. Seorang yang boleh diajak berbincang. Kalau tanya 3 patah die boleh jawab lebih dari 5 patah. Aku ni kan manusia yang suka bertanya, penuh dengan persoalan. Lagi-lagi masa tu die dah keje. Bidang keje kitorang tak sama. Aku ni, suka la tanya banyak-banyak soalan tentang keje die. Die pun layan je menjawab setiap soalan aku. Comel je rasa~~~~ Kadang-kadang aku ni bleh pulak nak merajuk-merajuk ngan die tak tentu pasal. Maklumla aku ni kan banyak senget nye dari lurus. Nak emo je tak pasal. Nasib baik dapat kawan yang penyabar. Die pun boleh pulak melayan kerenah kawan die yg sorang ni. Hehehehe kelakar pulak bile ingat cerita dulu.

Sekarang ni,

Biarlah Allah sahaja yang tentukan. Dulu aku pernah kata pada diri "Kalau dah jodoh tak kemana". Kite sebagai manusia hanya mampu merancang. Apa yang perlu aku buat ialah lakukan yang terbaik dan seikhlas mungkin dalam sesuatu hubungan. Senjata orang mukmin adalah doa. Hanya doa yang mampu dikirimkan pada setiap insan yang aku sayang.

"Bakal suamiku, aku tidak meminta rumah yang besar. Aku tidak meminta kereta yang gah. Aku tidak meminta rantai emas, permata yang indah. Aku tidak meminta wang yang banyak. Cukuplah kehidupan yang sederhana. Izinkan aku meminta sesuatu darimu,bimbingla aku dalam mendapatkan syurga-Nya"











Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir