The Lord Of The Ring Forest

"Panjat gunung?? Ada toilet tak atas gunung tu?? Habis tu nak buang air macam mane? Euwww"

Kekwat giler. Boleh soalan pertama ditanya pasal toilet. Memang aku jadi bahan masa tu. Tak pernah tercapai dek akal nak menawan Gunung. Gunung Datok boleh la. Tu pun semput jugak nak sampai atas.

Bila diajak, " Jom naik Irau."

Rasa ketaq nak panjat wey...Gunung kot. 6000 ft plus plus pulak tu. Aku ni standard panjat busut je pun. Setakat jungle trekking tu aku memangla suka.

Bermula la saat tu aku mencari fitness balik.

MOSSY FOREST...huiishhh nama die. Ayu je nama . Orang kata berlumut berlecak. Aku pun start google tentang trekking die. ok memang mencabar kesabaran dan kekuatan otot segala otot.

Paling mencabar SEJUK. Hadoii aku ni bila sejuk mula la nak bersin.

Tapi memang kagum sangat ngan hutan ni. memang sangat sangat cantik.

Masa tu kitorang naik pun dah lewat gak. pukul 10 pagi baru start melangkah.

Sebelum naik Gunung atau naik Bukit Tinggi yang kita jarang naik. Mulakan dengan bacaan doa dulu. Semoga perjalanan dipermudahkan. Bila dah masuk tempat orang. Jaga la kata kata, bahasa, mulut. Jangan cakap main lepas je. Lagi satu! Jangan sesekali ada perasaan RIAK. Walaupun kau dah 10 kali turun naik Gunung tu. Bila kau riak cakap kau tau selok -belok die. Jangan nanti tiba-tiba kau tak jumpa jalan balik.

Itu pesanan daripada otai otai hikers.

Pendakian Ke Puncak Irau mungkin mengambil masa 3-4 jam. Masa Untuk Turun jg lebih kurang macam tu.



Perjalanan ke kaki gunung. Kami naik 4wd. Terasa macam pendatang pun ada. Beresak esak camni. Dari Balai Bomba Brinchang ke kaki gunung perjalanan lebih kurang 20 minit.





Cantikkan. macam mana hijaunya lumut-lumut di pokok-pokok tu. Dengan permukaan tanah yang lembik. Semua view ni ditangkap guna Hp Samsung Note 3 je. Time ni Note 3 aku sihat lagi. skang ni je dah guna J1 bile Note 3 dah barai.

Perjalanan pendakian kami mengambil masa lebih kurang  3 jam 30 minit. Sampai dipuncak kami masak air, masak maggi dan solat jamak zohor n asar.

1st time solat dipuncak. Air mineral yg aku bawa dalam beg. Sejuk macam dimasuk dalam peti ais. Terketar ketar tahan sejuk.

Jam 2.30pm kami mula berkemas. Hujan pun dah mula rintik-rintik. Kami semua dah sarong ponco kami. Geng Kami Fizi die selaku porter. Semua sampah makanan kami. Diikat rapi dalam plastik sampah dan dibawa turun kembali. Yeahhh this is real hikers. Jangan buang sampah merata ok.

Perjalanan turun tu memang sejuk. Menggigil bhai. Benda paling aku tak suka. Aku cramp time tu. Perghhhhhhhh sejuk + sakit. fuuuuuh perjalanan jauh lagi ni.

Kak ecah sepatutnye runner. Tak pasal pasal jd sweeper menunggu aku n sorang lagi Fizi. Aku paksa kaki aku berjalan juga. Lagi lama berenti lagi kejang nanti.

Fizi tak habis habis cerita pasal KFC sepanjang perjalanan. Hari makin gelap. Aku tengok jam dah menandakan pukul 6pm. Dalam ni dah nak gelap dah ni.

Nak jalan laju memang tak mampu. Rasa bersalah pun ada. Fizi n Kak Ecah terpaksa tunggu aku. Makin lama makin gelap ni. Dah tak nampak apa dah.

"Ko ada lampu tak? Buka lampu Hp kalau ada." Fizi pesan.

"Aku ada headlamp." meraba raba aku buka beg dalam gelap. dengan tangan terketar ketar sejuk. Korek Korek beg tak jumpa pula lampu ni. 

"Meh sini beg kau." Fizi terus capai beg aku. Dan mula mencari. 

"Ha ...ada pun. Ko pakai headlamp ni. Beg ko ni biar aku bawa. Ko bawak diri ko jela. Kuatkan semangat sikit. Mental ko ni koyak la. "  Sempat lagi mamat ni nak membebel kat aku. 

3 minit je aku boleh pakai headlamp tu. Lama lama prning pula kepala aku. 

" Piji, ko pakai la lampu ni. Ko yg cari jalan. Aku follow ko je." 
Aku terus hulur lampu kat die. Waktu ni memang dah gelap pekat. Nampak la pula mamat ni dalam gelap.

Kaki aku dah terketar ketar sejuk + takut. Aku dah mula rasa sesak dah. Sebab gelap sangat. Tanpa aku sedar, aku dah tersedu sedu tahan air mata. 

"Sakit ke kaki ko Cah? sikit je lagi." pujuk Kak ecah. 

Kali ni aku bukan nanges sebab sakit. Aku takut giler time ni. Sebab kami je yang tinggal dalam hutan ni. Aku tengok jam dah pukul 7.15pm. Kami tak jumpa lagi CP tali. Sepatutnye dalam masa sejam ni kami dah sampai ke checkpoint tu. 

Kepala hotak aku dah pikir bukan bukan. Aku tengok Piji relax je sambil cari jalan. Masa tu baju aku ni memang dh bau lumpur dah. Turun naik dari kayu ke kayu. aku dh tak mampu nk turun dengan baik. Aku main lorot gelongsor je. Lantak kau la baju. Nak kotor ke apa. 

Kalau aku tertinggal sorang sorang kat sini memang aku mati beku kat sini. Aku tengok pokok pokok ni sama je. Aku tak nampak pun laluan nye. Aku tengok mcm banyak je jalan bila disuluh. apa yang aku tahu, aku follow Piji n belakang aku Kak Ecah. 

Finally kami jumpa CP tali. Maknanya lagi 500 meter. Dia punye 500 meter. Ada pulak bahagian kne panjat batu. Time tu aku dah tak rasa apa. terhantuk ke tersadung ke. Apa yang aku pikir, aku nak cepat cepat sampai platform. 

Kabus memang tebal. Memang aku kagum ngan Piji ni. Die boleh kenal laluan yang dilalu dalam gelap gelita ni. 

Perjalanan diteruskan dengan laluan akar akar pokok. Finally kami dah rasa pijak kayu kayu platform. Time tu aku makin laju. Dengan laju aku terus seret kaki aku.

Alhamdulillah Alhamdulillah jumpa pondok final checkpoint. Dah keluar!!!!

Tepat jam 8.45 pm kami keluar dari Mossy Forest ni. Pengalaman yang aku tak boleh lupa. Berada dalam kegelapan yg sangat gelap.

Renjer memang ada pesan. Kalau boleh pukul 5pm dh sampai final checkpoint. Sebab kat sini gelapnye lain macam. 

My expensive experience in Irau Mountain.

Kalau nak tau Gunung Irau ni sempadan Pahang dan Perak. Kami mulakan treck kami dari Cameron Highland.

THIS IS MENTADAK GUNUNG. 26 Okt 2016




Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir