BE STRONG FAIZZUDDIN

BE STRONG FAIZZUDDIN

Masa MSSM P.Khas yg lepas. Kami bawak banner yg kami buat utk awk Faiz, " PRAY FOR FAIZZUDDIN". Ramai yg tanya siapa FAIZZUDDIN tp ramai juga coaches dr negeri lain kenal awak especially coaches sukan Paralimpiad.

Ramai yg doakan supaya awak cepat sembuh Faiz. Semua nak tengok awak bersukan balik sihat dan aktif macam dulu.

Tadi lepas Zohor terlintas dalam fikiran,
"Kalau tengok Faiz lepas ni pun ok jugak. Dah dekat area Merlimau ni." Selepas camping tu terus gerak.

 Tapi......cikgu takut nak tengok awak sorang-sorang. Cikgu takut tak dapat nak tahan perasaan cikgu. Takut jadi macam yg lepas. Masa cikgu lawat awak kat rumah tu, berjujuran air mata, meleleh leleh hingus bila tengok awak terbaring atas katil. Huhuhu cikgu awak ni nampak je sado. Kalau marah orang mengalahkan singa tp emosi tak sado mane pun.

Tapi tadi cikgu redah jela sorang2. Bila sampai depan Hospital Muar tiba- tiba rs macam tak mampu nak langkah sorang2. Lama jugak duduk dalan kereta td. Kalau awak nk tau Faiz, cikgu awak ni terpaksa buat terapi pernafasan dulu dalam kereta. IN tarik nafas dalam2, OUT hembus nafas perlahan-lahan. Bila rasa dah ok. Baru la melangkah keluar dari kereta.

Sepanjang melangkah cari wad awak. Tak berhenti bercakap dengan diri.

"Kuatkan semangat. Kuatkan semangat jangan cengeng."

Bila sampai blok depan wad awak. Pak guard tahan, " Sekarang bukan waktu melawat."

Cikgu mula buat muka 20 sen. Lepas pun masuk.

Bila jumpa awak tadi. Syukur Alhamdulillah dah ada perubahan yg positif. Awak dah boleh angkat tangan tanpa bantuan orang lain.

 Bak kate mak awak, "Nak cubit orang pun dah boleh tu. Pipi along die, die tarik semalam."

Kemudian awak bengkokkan kaki kanan awak.

" Waaaa dah boleh bengkok kaki." Spontan termenjerit.

Ya Allah..Alhamdulillah.

"Jom selfie ngan cikgu. Kawan awak Nordin ni, tanya keadaan awak mcm mne. Awak kenalkan Nordin budak Kedah tu? Cikgu nak send gambar awak kat Nordin."

Faiz mengangguk kepala. Sambil ready nak selfie.

"Din, Din video call Din sembang ngan Faiz."

Terus Nordin call by video call.

Walaupun awak masih tak boleh bercakap Faiz. Awak masih boleh angkat tangan tunjukkan isyarat.

Masa awak ber'video call' dengan Nordin tadi kemain awak buat peace. Awak macam nak mengatakan sesuatu. Tapi.....

Takpe Faiz, InshaAllah awak boleh bercakap lancar macam sebelum ni. Awak kena kuat semangat.

Nordin dalam bas on the way ke Stadium Bukit Jalil. Kemudian die tunjuk kawan yg duduk sebelah die.

"Faiz, kenal tak yg sebelah Nordin tu? Tu..tu Riduan Puzi. Awak kenalkan..Tengok tu die lambai kat awak. Riduan, doakan Faiz tau cepat sembuh."

"Ok..Ok.." Die bersuara.

"Faiz,untuk PARA ASEAN nanti sy masuk acara 800m, 1500m dgn 5000m. Doakan sy menang dapat emas." Kemain Nordin bercerita untuk acara die.

Berkelip-kelip mata Faiz. Nampak senyuman kt bibir die.

"Faiz, kuat semangat tau. Fight!! Nanti kite lumba atas track." Sambil Nordin buat gaya kuat. Kemain die tunjuk muscle lengan die.

Cikgu rasa gembira sangat tadi bila tengok awak boleh angkat tangan awak. Hati cikgu gembira sangat bila tengok awak boleh bengkokkan kaki awak.

Cikgu ceritakan tentang kawan2 awak ms MSSM P.Khas yg lepas.

"Masa kat Penang tu,awak tahu Faiz. Firdaus dapat Perak. Die nanges tau dapat Perak. Sebab ms tu die dah leading InshaAllah emas punyela. Sekali ada atlet dr Perak. Last lemparan die 0.3 cm lebih dr Firdaus. Terus die psiko. Masa last lemparan Firdaus tu muka nervous giler. Masa die lempar tu cakera Firdaus boleh kena tiang. Gedegang!!kuat giler bunyi. Kesian Firdaus."

Awak tersengih masa cikgu kate Firdaus nanges tu.

Faiz...
Awak kena terus kuat semangat. Jangan sesekali patah semangat. Ramai yg nak tengok awak sihat semula.

Awak kena terus kuat semangat utk sembuh balik ye Faiz. Terima kasih Din Din  awak dah buat kwn awk senyum td.




PRAY FOR FAIZZUDDIN

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir