Hey.. Gentleman!!!

Hari ni aku ada class Takaful dekat Kota Syahbandar. Boleh tahan ramai juga yg attend.

Sejak-sejak ni HP aku agak aktif. Bukan sebab client message aku. Tapi ada sorang kawan aku ni. Tiba-tiba rajin text aku. Pagi pagi boleh die send text  ' Morning'. So aku pun reply la balik 'Morning'.

Dalam pukul 1pm. Yaaa Lunch Hour time. Hp aku berdering, nasib baik la dah time break kan. Kalau tak, memang aku tak angkat phone sebab dah silent. Aku tengok kat skrin "MAMAT".

"Hello, Assalammualaikum. Yes ada apa? Anything I can help u my friend." Ececeh aku speaking London pulak.

"W'salam. Awak... saya on the way nak balik Melaka ni. Jom dating." Alamak aih. Meremang bulu roma dengar dia cakap macam ni.

"Haaaa?" Terkejut aku dengar.

"Alaaaa awak ni. Nak manja sikit tak boleh. Jom kluar petang ni."

"Haaa tau pun. Boleh, tapi kena ambil saya la. Hari ni tak bawa kereta. Pagi tadi ayah saya hantar masa pergi class." Memang pagi tadi ayah aku hantar pun. Terasa macam ayah hantar anak pergi sekolah rendah. Comelkan kan kan kan.

Teeet teeet teet

"Saya lambat sikit , jem kat seremban ni. Jangan rindu ye."

Terbeliak biji mata aku baca ayat terakhir dia. Buang tebiat apa mamat ni.

Jam 6.15 pm

Kring!! Kring!! Kring!!!

Tak memberangsangkan langsung ringtone yg aku pakai ni.

"Hmmm, location ni macam mana ni? tak jumpa la."

Aku pun menerangkan satu persatu dan secara terperinci.

Time tu aku dah habis class. Aku duduk sebelah makcik guard ni. Kawan-kawan rapat aku di BUSS consultant ni ramai lelaki. 

"Weh, apasal kau tak balik lagi ni? Kereta kau mane?" Tanya mamal sambil keluarkan kotak Dunhill.

"Aku tak bawak kereta. Tunggu kawan aku jap."  Spontan aku jawab. 

"Haaaa??? Kawan? Kawan kau yg mane??"  Mamal buat muka pelik. Anor dari tadi leka belek hp. Terus pandang tepat muka aku dengan muka pelik. 

"Aku nk tunggu. Nak tengok kawan kau tu."  Sibuk je Anor ni nak tau kawan aku yg mane.

Jam dah beralih ke detik 6.35pm.

"Ishhh mane la die ni lambatnye. Shift Mak Guard ni pun dah bertukar dah ni." Aku dah tak senang duduk. Kejap diri kejap duduk. Kejap berjalan ke sana.

"Jumpa ke tidak die ni?" Aku membebel dalam hati.

Kring! Kring!

"Awak, bangunan die yg mana satu ni?" Aku dengar suara die dalam telefon ni.

"Camni camni...awak ni kt mana skang ni? Saya tggu depan sikit. Dari tepi jalan dah boleh nampak ni. Kalau tak nampak jugak. Cungkil biji mata tu kang." Huhu geram pulak aku rasanya.

Tak lama selepas tu.Dari jauh aku nampak ada sebuah kereta putih menderu ke sini. Aku buat tak tau je. Lepas tu aku nampak die lambai lambai dari dalam kereta.

Aku pandang je." Mamat ni bajet comel apa lambai lambai camtu. Rasa cam nak ketuk je." 

Aku terus menapak ke meja Pak Guard. Nak ambil handbag aku. Tadi aku tinggalkan kejap masa aku nk tunggu kat tepi jalan.

" Ishhhh jauh pulak aku rasa nak jalan ni." Aku terus kan langkah aku.

Aku sempat sembang sembang sekejap ngan pak guard. Kemudian terus capai handbag aku.

Aku ni dah la tak Asar lagi.  Laju je aku duduk dalam kereta tu.

"Kita nak ke mana?" Aku terus bertanya.

"Kalau awak tanya saya. Saya nak ke hati awak."  Sambil senyum die menjawab.

"Woiii!! Main-main ek. Tumbuk terkeluar jugak kang dari kereta ni." Sambil aku tunjuk penumbuk aku. 

Dia masih tersenyum sendiri. 

"Saya tak asar lagi ni. Singgah surau depan tu jap." Aku beri cadangan.

Tanpa banyak soal die terus pusingkan stereng masuk gear dan perjalanan diteruskan.

Seusai aku solat Asar. Aku terus masuk dalam perut kereta tu balik.

"Kite tengok citer Thailand tu nak.?Ada yg kate best. Tapi nak Maghrib dah ni. Kite sembahyang dulu la ek." Aku bagi cadangan.

"Ok. Cun. Kita sembahyang kat masjid Selat la. Mane tau doa saya dimakbulkan." Dia tersenyum lagi.

"Apahal dia ni? Pening aku dengar cara dir cakap cmni?" Aku berkata dalam hati.

Kali ni kami pergi Hatten Palace. Bangunan baru Hatten. Yang dah masuk iklan MBO baru. 

Perghhhh pusing pusing nak naik atas. Macam nak naik Swiss Garden. Nasib la kawan aku ni pemandu sopan. Kalau aku bawak. Memang drift naik atas. Park kat level 5. 

Masa nak book Tiket. Cerita Thailand yg kami nak tengok, rupanya tak ada kat MBO. Ok, ingat nak tengok Battleship. Bila tengok seat 2 dari depan. Fuuuhh tak sanggup nak dongak. Last Choice Abang Long Fadil 2. 

Actually ni first time keluar dengan mamat ni tengok wayang. Sebelum ni  krik krik krik..

Platform 9. Aku confident tolak 1 pintu ni. 

"Eh gelapnya. Takkan iklan tak start lagi. Cuba tengok balik tiket tu?"

"Platform 9. Yang ni platform berapa?" Dia bertanya kat aku. Terus melangkah keluar nak tengok platform berapa yg kami masuk ni.

Aku ikut je belakang dia. Sambil mulut kunyah popcorn. 

"Hahahahaha awak ni buat lawak la. Kita salah masuk. Ni 10. Tengok tu? Kita tengok kat platform 9 tau? Hahaha" Dia terus gelakkan aku sambil geleng gelengkan kepala. Laju je die tepuk dahi aku.

Hampehhh macam mana aku boleh salah tengok nombor ni. Sibuk sangat kunyah popcorn. Amekaw....

Huhu aku sapu sapu balik dahi aku yg kena tepuk tadi.

Not bad cerita ni. Kelakar pecah perut. Aku gelak memang takde cover. Hahahahaha

Habis cerita tu, aku terus berjalan laju ke toilet. Sejuk kot. Tapi aku gagahkan je. Tak prepare bawak sweater. Sabor jela. Keluar dari toilet, aku betulkan tudung menghadap cermin. Aku ketawa sorang diri. Penuh popcorn melekat lekat. Buruk betul aku ni makan. Melekat lekat kat tudung ni haa. Mulut yg makan ke tudung makan sekali ni? Sambil tangan aku buang habuk habuk popcorn.

Aku pandang sekali lagi. Ada lagi tak apa-apa yg melekat. 

Gulp.. terasa skema hari ni. Macam orang baru balik office. Aahh pedulikanla dari tadi tak perasan. Baru ni perasan. Hehehehe. Aku terus keluar dari toilet. 

"Tangkap gambar aku kat gambar ni weh. Cantikla." Aku minta dia snapkan gambar aku. 

Dia seluk seluk kocek dia. Dengan muka cemas terus berlari. 
"HP saya." 

Aku follow jela dari belakang. Aku nampak die bercakap ngan staff situ n terus masuk melalui pintu yang dibuka. Aku duduk tunggu kat luar jela. Staff yg ada kat situ semua pandang aku. Aku buat muka bersahaja. Sambil main HP. 

Dalam 3 minit. Aku nampak dia keluar sambil tunjuk HP dia kat aku. Aku sengih je. Masa kami naik lif dia tekan button 3. 

Aku cakap kat die. " 5 la." 

"3 kan...tadi park kat level 3 kan?" 

"Level 5" aku jawab pendek. 

Dia pandang aku tak puas hati. Tiba-tiba ada suara dari belakang. 

"Bang, car park yg buka level 5& 6 je bang. Level 3 tak siap lagi."  Brother belakang kami beritahu. 

Aku pandang die sambil naikkan kedua dua kening dan cebik. Yes aku betul. 

Aku cakap dgn dia. "Beb, awak tak rasa, hari ni kite pakai skema? Awak dgn blazer. Saya dgn pakai baju cmni. Kelakar kaaaan??" 

Terhambur kami ketawa. 

"Ok what? Nampak ayu sikit hari ni." Spontan dia bercakap hari ni. 

Aku terus jelir lidah dan julingkan mata depan dia. 

Sampai di pintu kereta. Tiba-tiba dia percepatkan langkah dia. Dan....

Dia buat lagi perangai buang tebiat dia. 

"Aku boleh buka sendiri pintu ni. Kau tak payah la buka kan. Malu laaa." Aku protes.

"Sekali sekala." Dia terus senyum.

Aku rasa dia memang lain macam la. He acts to be gentleman. Oh No. NO No No. Oh never. 

Dia cakap lapar. So, kami singgah McD DP. I just ordered 1 hot Cappucino. Dah malam. Tolongla jangan rosakkan diet aku. 

Sembang punye sembang. Aku tengok jam. Dah pukul 11.45pm.

"Jom la balik. Awak ni anak dara keluar malam malam." Dia jeling kat aku. 

"Haaa sape la yg ajak keluarkan." Ada hati nak salahkan aku. Sambil aku buat muka herot.

Kami pun berjalan keluar dari McD. Kemudian dgn lajunya die buka kan pintu utk keluar sambil senyum.

"Hamboii dah macam penyambut tetamu." Dia senyum je tak berkata apa2.

Sampai kat kereta. Laju je die menapak ke arah aku n tap. Huhu die dah buat perangai pelik lagi. Die buka kan pintu utk aku lagi. Huhu malu rasa.

Dia hantar aku sampai depan rumah. Aku tengok lampu semua dah gelap. Tapi aku tahu, ayah mesti tak tido lagi. 

"These for you. Nak chai kan hari tu. " ada jela item die pass kat aku.

"Nanti kita keluar lagi ye." Aku hanya bulatkan mata je.

Haaaaa hahahaha... Hahahahaha... why u so weird today? Why u so weird on 27 Aug. Ohhh



Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T