Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....
Hidup ini umpama belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan kehendak. Dan memang manusia diciptakan mempunyai keinginan dan kehendak yang tinggi. Tetapi tak semetinya setiap yang diinginkan pasti dikecapi, tidak setiap yang kita mahu pasti tercapai. Dan tidak mudah untuk kita menyedari apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang tidak menyedari, bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum : harus berjaya, harus bahagia dan harus yang lain-lain. Ramai orang yang berjaya tetapi lupa, kejayaannya itu pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Kegagalan...kejayaan adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah.... Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, seperti rezeki, kedudukan, pasangan pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang bukan milik kita, maka tidak akan dapat kita miliki, meski ia nyaris kita miliki, meski kita bermati-matian berusaha untuk milikinya.... "Tiada suatu bencanapun yang menim
Comments
Post a Comment