wahai Sang Lelaki

Selalu kite dengar Sang Lelaki selalu merungut ngan sikap wanita. Mereka cakap, wanita ni sensitif la, kuat marah la, emo la. Wahai Sang Lelaki kamu pernah tnye diri kamu tak...kamu tye soalan tu wajar ke tak untuk di jawab. Klu soalan tu mmg bleh timbul kan kemarahan mmg la kamu kene marah Wahai Sang Lelaki. 

Wahai Sang Lelaki,
Kamu dh lupakah bahawa wanita ini memang dilahirkan dengan sifat kelembutan. Walaupun pd zahirnya wanita ini kelihatan kasar n ganas TETAPI jauh di sudut hatinya penuh ngan kelembutan. Hatinya mudah tersentuh. Sekeras-keras hati wanita die pasti akan menangis pabila dilukai. Die pasti akan menangis pabila disakiti.

Pernahkah kamu tahu, kekuatan wanita adalah air matanya. Mereka akan mengalirkan air mata apabila dalam kesedihan dan kesakitan. Dengan air mata inilah wanita melepaskan perasaannya. Air mata ini juga dapat menenangkannya. Apabila rs gembira, mereka akan mengalirkan air mata kegembiraan dan kesyukuran. Inilah air mata wanita. Ia memberikan 1001 makna kepadanya dan juga diriku.
Tetapi adakah kamu faham Wahai Sang Lelaki.....
Apabila  seorang wanita menangis kerana kamu, apabila seorang istri menangis kerana sikap suaminya...
Adakah kamu menghargai setiap butir mutiara yg mengalir dr mata wanita ini ?

Wahai Lelaki,
Apa yg akan kamu lakukan jika isteri yg kamu cintai menangis kerana kamu?
Apa yg akan kamu lakukan jika kamu telah menyakiti hati wanita ini ?
Adakah kamu berada disisinya  ? atau kamu meninggalkan wanita ini keseorangan? Di saat wanita ini tersedu-sedan, kamu dengan senang hati mengangkat kaki meninggalkannya.

Tidak pernahkah kamu terfikir . Bahawa isterimu ini amat memerlukan kamu di kala ini....Sampai bile kamu hendak wanita ini memujuk hatinya sendiri kerana perbuatan kamu Wahai Lelaki?

Pernahkah kamu sedar  bahawa bahasa kamu dan wanita ini adalah berbeza. Adakah kamu pernah mempelajari bahasa wanita yg kamu kasihi ini ?
Kamu kata, kamu CINTAkannya...kamu kata, kamu KASIHI isteri kamu ini. Tetapi di mana kamu disaat isterimu ini menangis kerana terlalu letih menguruskan keluarga dan juga dirimu? Dimana kamu?

Wahai Sang Lelaki,
Pernahkah kamu selidiki apa yg diperlukan oleh wanita daripada kamu? Adakah kamu pernah penuhi keperluan utama mereka?

Cuba kite tnye kpd wanita. Lelaki yg macam mane kamu nak. Selalunye wanita akan jawab nk lelaki yg caring, understanding, respect.  Tahukah kamu kpeluan utama yg x bleh nk dipisahkan dpd wanita. Kamu tahu ke jawapannye Wahai Sang Lelaki?? Tentu kamu tak tahu kan. Kpd Sang Lelaki yg tahu jawapannye diucapkan syabas dan tahniah.

Kalau kamu nk tahu Wahai Sang Lelaki. Wanita kamu ini amat memerlukan perhatian kamu. Kamu tak percaya??? Cuba kamu sibukkan diri dengan kerja dan tengok apa yg jd ngn isteri kamu. Mesti die merajuk punyer. Wanita akan berasa disayangi pabila Sang Lelaki ambil berat tentang diri mereka.

Adakah kamu tahu Wahai Sang Lelaki ...? wanita amat memerlukan Lelaki yg boleh fahami diri mereka. adakah kamu boleh faham diri wanita kamu Wahai Sang Lelaki..?
Ayat yg selalu dikatakan " Ye...saya faham awak. Saya dh lme kenal awak."  Adakah kamu btul2 fahami wanita kamu??? Adakah kamu benar2 mengenali isteri kamu ini?? atau itu hanya ayat dibibir saja sedangkan hati kamu belum memahami wanita ini.

Wahai Sang Lelaki, 
Sukar sangatkah untuk kamu mengenali suara wanita kamu yg terasa hati terhadapmu ? Apakah kamu tidak rs apa2 apbila membuat wanita mu menangis kerana sikap mu yg terlalu keras ??

Wahai Sang Lelaki,
Kamu selalu mengharapkan wanita ini menerima diri kamu. Menerima kelemahan diri dan terima dirimu yg seadanya. Menerima rakan-rakan kamu, menerima keadaan family kamu. Tetapi adakah kamu boleh menghormati wanita ini setelah die menerima semuanya ? Jika wanita ini telah melakukan sesuatu yg tidak padan pd pandanganmu. Tegurlah die dengan sewajarnya.

Jangan lah kamu gunakan kekasaran dalam teguran. Walaupun tak dapat nk dinafikan, lelaki mmg dilahirkan semulajadinya gagah dan agak kasar. Tetapi sanggupkah anda kasari wanita ini. Kasar-kasar wanita ini mampukah die melawan kekuatan mu wahai lelaki.

Jika dikenang-kenang kembali, dh berapa lamakah kamu mengenali wanita ini Wahai Sang Lelaki ? Adakah kamu pernah mengucapkan ' Happy Anniversary' kpd isterimu? Pernahkah kamu meraikannya bersama ? Cuba kamu tye diri kamu Wahai Wanita. Pernah kah kamu menerima hadiah sempena anniversary kamu ? Berapa kalikah kamu mendapat bunga dpd Sang Lelaki yg kamu kasihi .....ni baru anniversary. Lom tye lg tntg tarikh lahir..hadiah bufday. 

Adakah kamu ingat bufday wanita kamu Wahai Lelaki? Berapa kali kamu dh wat wanita kamu merajuk kerana sikap acuh tak acuh kamu Wahai Sang Lelaki.....Kesian wanita kamu Wahai Sang Lelaki jika kamu  tak pernah ingat detik2 itu. Bak kata Dr. Fadzillah Kamsah, Kalu lupa nk wish happy Bufday kt isteri bg rantai pun cukup la....

Wahai Sang Lelaki,
Kamu selalu mengharapkan wanita ini menyayangi kamu, admire kan kamu. Tetapi adakah kamu boleh setia kpd wanita kamu ini ?? Adakah kamu boleh mengutamakannya dalam hidup mu setelah die menyerahkan seluruh perasaan dan dirinya sebagai isteri kamu.

Wahai Sang Lelaki, 
Adakah kamu tahu..sekali kamu memasuki hati wanita ini, kamu akan terus bertakhta dihatinya. Janganlah sesekali kamu bermain dengan kepercayaan yg diberikan kpd mu wahai lelaki. Sekali kamu menodai kepercayaannya itu. Kesakitannya akan sentiasa berbekas dan menghantui diri wanita kamu.

Kadang2 kite lihat Sang Lelaki dan wanita bertekak kerana 1 soalan. Pernah tak wanita kamu bertnyakan kpd kamu " Awak syg saya?" Apakah respon yg kamu berikan? Adakah kamu menjawab "ye" atau kamu memarahi wanita kamu kerana soalan itu ........?

Pernah tak kamu terfikir Wahai Sang Lelaki, kenapa wanita bertanya sebegitu. Memang lumrah dan sifat semulajadi wanita  sentiasa inginkan kepastian. Walaupun kadang2 Sang Lelaki anggp bnda tu remeh. Tp itulah sifat wanita.

Kamu jgn marah wanita kamu ye Sang Lelaki. Jika persoalan yg bermain d fikiran wanita kamu n mmpunyai kaitan dengan kamu. Tetapi kamu tidak dpt menjawab dan memberitahunya. Jangan marah kpd nye jika die mencari jawapannye sendiri.

Sang Lelaki ni mmg terkenal dgn sifatnye yg secretive. Tetapi jika kamu membuat sesuatu yg tak baik di belakangnya. Wanita ini pasti akan mengetahuinya juga. Kamu sudah lupakah Wahai Sang Lelaki. Wanita ini mempunyai naluri yg kuat terhadap kamu kerana adanya pertalian hati antara kamu berdua. Jika wanita kamu ini benar-benar menyayangi dan mencintai kamu dengan jujur dan ikhlas. Die mmg tak perlukan spy untuk mengintip gerak geri kamu. Kerana nalurinya akan bergetar jika kamu menodai kepercayaannya itu.

Wahai Sang Lelaki,
Mungkin bg diri kamu jika kamu hilang wanita kamu itu kamu boleh mencari yg lain. Bak kata lelaki, petik sekali 1000 yg dtg. Tetapi apakah yg 1000 itu dpt menyayangi kamu seperti wanita kamu. Apakah yg 1000 itu jujur dlm menerima kamu?? Fikir-fikirkan lah. 


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir