Daripada Hawa Untuk Adam

Adam,

Adam sihat? dah lama Hawa tak dengar khabar berita daripada Adam. Hawa rindu sangat kat Adam.

Tak sangka rupanya dah 6 tahunlebih  kite bersama. Banyak sangat kenangan dan perkara yang kite dah lalui bersama. Kenangan masa kite waktu sekolah dulu sehingga kini.

Adam, Adam ingat lagi tak masa waktu kite sekolah dulu. Setiap minggu Adam akan 'fly' nak jumpa Hawa. Memang kite jumpa sekejap. Tapi saat tu indah sangat. Kita akan 'lunch' same-same setiap minggu. Adam, Adam ingat lagi tak, masa pertama kali McD keluarkan 'foldover'. Masa tuh 'foldover' besar sangat. Hawa tak tau nak makan camner. Adam tolong Hawa untuk makan 'foldover'. Adam pegang 'foldover' tu dan Hawa nganga besar-besar. Adam dengar sabar suapkan Hawa makan. Adam cakap, tangan Hawa kecik sebab tu Hawa tak bleh pegang dengan betul. Waktu tu, Hawa hanya perlu nganga besar-besar dan tunggu 'foldover' tu sampai ke mulut.

Adam,
Hawa ingat lagi, kalau kite kuar same-same. Adam selalu mengalah ngan Hawa. Lagi-lagi bab makan. Kalau kite order 'Snack Plate' Adam mesti bagi seketul ayam dari pinggan Adam kat Hawa. Adam tau yang Hawa kuat makan. Adam sanggup bagi bahagian Adam untuk Hawa.

Adam penah cakap, Adam tak suka tengok muka Hawa time Hawa lapar. Nanti muka Hawa monyok cam tempe. Pastu Hawa cepat jadi 'Hulk' kalau ada apa-apa tak berkenan kat mata Hawa.

Adam,
Masa Adam nak g PLKN, Hawa rasa sedih sangat masa tuh. Hawa tau, nanti Hawa tak boleh nak dengar suara Adam setiap hari setiap malam. Waktu tu, Hawa memang tak sabar nak tunggu hari sabtu dan Ahad sebab nak bercakap dengan Adam, nak dengar suara Adam.

Adam,
Jarak kite menjadi jauh apabila kite same-same sambung belajar. Hawa sambung belajar di utara, Adam pula di ibu Kota yang tak pernah tido. Jarak telah menjarakkan antara Hawa dan Adam. Walau camne pun, sayang Hawa kepada Adam tak pernah berubah. Hawa sentiasa sayangkan Adam walaupun Adam jauh daripada Hawa.

Adam,
Selama 6 tahun, kita bersama. Banyak peristiwa dan pelbagai dugaan telah kite hadapi. Sikap Hawa yang degil selalu menguji kesabaran Adam. Sikap Adam yang baran selalu membuatkan Hawa menangis. Tapi kite akan berbaik semula lepas tu. Kalau Adam marah, Hawa akan cakap " Papa Bear jangan marah-marah, nanti mama bear lari tengok papa bear dah jadi singa" lepas tu Adam mesti gelak. Hawa suka dengar Adam gelak.

Adam,
Setiap pagi selalunye Adam mesti kejutkan Hawa bangun subuh. Sebelum tido Hawa akan dengar dulu suara Adam. Kini, semuanya dah berubah. Kite dah tak macam dulu. Kerana satu peristiwa kita sama-sama sakit kerananya. Hawa sangat terluka dengan semua tu. Hawa tak pernah merasai kesakitan seperti ini.

Hawa tau, Adam turut terluka kerana itu. Tapi, Hawa tak pernah bencikan Adam. Hawa sentiasa sayangkan Adam. Hawa rindu nak dengar suara Adam. Rindu nak tatap wajah Adam.

Adam,
Jika masa ini boleh diulang kembali. Mampukah kita perbetulkannya kembali.





Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir