Miss u..................

Masa bergerak dengan pantas ??? Betul ke masa boleh bergerak?? HUh!! memang la. Pepatah selalu mengatakan, MASA ITU EMAS. Lihatlah betapa berharganya masa kepada kite.

Masa mula-mula masuk USM...aku rasa lambat je nak habis belajar. Huish terseksanya nak wat assigment, malas tahap cipan nak pergi kelas ( Aku tak pernah ponteng kelas ye sepanjang kat USM). Sekarang ni...aku rasa rindu nak masuk kelas. Rindu nak dengar Papa Zuri berleter...terkenang-kenang bile ABAH (Tuan Haji) marah-marah aku. Maklumla aku kan suka melawan. Abah suka speaking English...Abah selalu comment kawan-kawan aku nye pronounce bile diorang nye sebutan salah. Yang aku ni pulak selalu akan cakap ' Tuan Haji everybody have their slang, in language don have wrong and rite'.

Abah aku tu mana boleh kalah. Die tetap nak betulkan and berdebat ngan aku. Kenangan-kenangan.

Time LM (Latihan Mengajar), time yang paling stress.  Tapi time ni gak la yang paling best ngan budk-budak kat sekolah tu. Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, sekolah yang sudi terima aku untuk wat praktikal kat situ. Banyak perkara yang aku belajar. I'm start from zero then i bina slowly step by step. Sekolah yang memberi ku 1001 kenangan dan pengalaman yang tak ternilai.

DAMN!!!!! i miss them!!

                                           Masa latihan olahraga. Kami dah habis acara lontar peluru and larian. So kami possing dulu ya



Latihan dah habis...jom ramai2 bergambar. Cikgu ngan murid sama-sama naik sibuk possing.


Lee Sheun Kai, murid yang hyperactive. Selalu je ajak aku main kejar-kejar. Selalu je hilang dari kelas. Nak suruh die masuk kelas terpaksa kejar die satu sekolah baru dapat tangkap die. time tu rupa aku memang dah buruk gile berpeluh-peluh.

Sepanjang 15 minggu praktikal tu. Banyak aktiviti sekolah yang kitorang join. Maklumlah...kami kan single lagi ( even ada yg dah berpunya single but not available). Maka kami memang sukarela untuk join semua aktiviti tu. 

Aktiviti tahunan untuk kelas Pendidikan Khas kali ini ialah trip to KL-Melaka. Waaaaa kalau orang dengar mesti kata best. Huhu tapi Melaka tu yang wat aku tak teruja sangat. Aku kan penghuni Melaka. Walau camne pun, trip tu memang best. 

Dalam bas nak ke KTM Butterworth. 


time ni dah dalam train. Best betul duduk ngan budak-budak ni. Malam tu siyes perut aku lapar. Aku cakap la.." Cikgu rasa lapar la macam nak putus urat perut ni." Datang sorang murid " Cikgu lapaq? xpa-xpa saya ada ayaq milo kotak." Adam terus ambil air kotak milo die and hulur kat aku. Wahhh kemain sampai 6 kotak air milo die bawa. Patutla beg berat semacam. " Cikgu, saya ada kopok kentang ni". Aku tengok keropok budak tu, wow roller coaster. Sodap tu. " Meh bagi cikgu sikit." aku minta kat student aku tanpa segan silu. Mana tak nye memang lapar dah masa tu.

See..untung betul aku duduk sebelah student ni. Dapat makan free minum free.

Mula-mula aku ingat dalam train tu tak sejuk. Then aku pakai baju biasa-biasa without sweater. Lagipun aku tak bawa sweater pun time tu. Fuhh rupanya punye la sejuk.Nasib baik aku ada spare kain batik ngan stokin, tu pun aku menggigil gak. Aku yang besar ni rasa sejuk. Aku tengok student sebelah aku ni pun dah gigil-gigil. So, kitorang share la berselimut kan kain batik yang tak seberapa besar tu. 

Mula-mula train bergerak, aku rasa gerabak kitorang tu memang hingar gile. Maklumla bawa budak-budak berjalan. Then, this is their 1st experience naik train. Macam-macam soalan yang die tanya. Bile jam dah mencecah ke waktu 3 pagi. Suasana bertukar menjadi sepi dan hanya dengar bunyi dengkuran-dengkuran kecil. 

Time ni memang best...macam-macam gaya student aku tido.......................



Banyak lagi aksi-aksi pelik diorang tido tapi macam dah 18sxxxxxxx je. Kesian diorang.

Yaaa lepas tiba je ja di KL Sentral. Kami naik bas ke Putrajaya. Aktiviti pertama kami adalah cruise. Bayangkanlah....semuanya baru je tiba dah nak beraktiviti. Kami juz berenti kat RnR untuk bersihkan diri. Hmm nak mandi, memang kami mandi P.Ramlee je la hikhikhik.

Sampai-sampai je kat Putrajaya. Semua dah berdiri cantek punya...




Ramai-ramai nak ke jeti untuk cruise..hooyyeay!!! used escalator. Malas betul nak guna tangga

Kami sampai memang awal sangat-sangat awal. Kaunter tiket pun tak buka lagi. Kemain semangat lagi nak naik cruise smapai jadi kelompok pertama. 


Kemain lagi anak murid aku ni posse


keretapi keretapi..kamu diri belakang cikgu, cikgu dok depan ni wawawa~~ rindunye kat kamu semua


see the tickets (boarding pass) cam nak pergi Thailand je 

jalan elok-elok yer nak naik boat ni. nanti ada gak yg masuk tasik


ni la kapten boat ni. Pot pet pot pet die berceloteh sepanjang dlm boat ni


yo00 cikgu pulak yg berpossing. auuchh


Welcome to zoo Negara..

Banyak betul tempat yang kami pergi. Tak terlayan ngan pelbagai soalan murid-murid yang terlebih aktif ni. Diorang ni ada yg 1st time kuar dari Penang, so memang excited giler bile dapat pergi KL and Melaka.

Banyak betul kenangan kat sekolah ni. Keletah mereka, sikap nakal mereka. Kadang-kadang menguji kesabaran aku, bile aku dah berangin..memang budak-budak ni kene dengar la cikgu vokal bersuara. Lepas tu baru masing-masing senyap.


Senakal-nakal sedegil-degil budak ni masih ada banyak kebaikan mereka. Tengoklah budak-budak ni memang boleh diharap. Kalau kite minta tolong apa-apa jarang kite akan dengar perkataan TIDAK daripada budak-budak ni.

Ape la yang sedang dilakukan oleh cikgu n murid ni


Bagaimana sikap murid yang sentiasa ringan tulang, sama juga ngan guru-guru kat sekolah ni. Kami hanyalah guru praktikal yang sememangnya begitu banyak kekurangan dalam ilmu mengajar dan mendidik ni. Kalau kami mengalami masalah or kekusutan idea. Kakak-kakak ni tak pernah kedekut ngan ilmu. Mereka memang sentiasa free untuk meluangkan masa untuk kami dalam memberikan pendapat-pendapat yang bernas. 

For your information..kakak-kakak ku di kelas Pendidikan Khas ini memang mant0p n best gile....
Tak percaya???????????????????????????????????????????

apa la yang cuba dilakukan Kak Niza ni...


tu dia....kakak and adik-adik


time to eat..hoyyeay makan with GB (guru besar)

Sweet moment i'm with them. Sesuatu yang tak boleh dijual beli dan tidak ternilai. Thanks to kakak-kakak yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada adik-adikmu. Banyak lagi perkara yang perlu kami timba untuk menjadi seorang yang penyabar dalam menghadapi karenah anak-anak yang c0mel itu. Mungkin bleh membuatkan aku kurus dalam adegan kejar-mengejar.

Miss u kids!!!!!!!!!!!!!!!  Miss u sisters!!!!!!!!!!!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T