Sehidup semati~~~




"Aku nak suami yang baik la, bertanggungjawab dan beriman"
Siapa yang tak nak kalau dapat lelaki yang baik..sila angkat tangan. Semua wanita pasti impikan untuk dapat seorang suami yang baik.

"jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan lelaki yang baik"

Topik ini selalu juga menjadi perbualan kitorang semasa kami berkumpul dalam bilik beramai-ramai. Maklumlah budak-budak U ni..kalau time assigment berlambak. Buku menggunung atas meja. Semuanya tak kuar bilik. Tapi time lepas submit assigment tu. Mulalah berkumpul, himpunkan makanan longgok kat tengah2. Pastu buka satu topik.

KAHWIN... Siapa yang tak nak kahwin. Semua orang mesti nak kahwin. Haish macam gatal je kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Ye..la...belajar pun belum habis lagi. Dah gatal cakap pasal kahwin. cop cop aku dah habis belajar dah. Yes!!! dh boleh kahwin dah.  Muda lagi...enjoy yourlife dulu  tak payah pikir pasal kahwin-kahwin ni...bak kata orang zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda dan keadaan yang tak bersedia inilah aku kene pikirkan soal jodoh supaya aku dapat mempersiapkan diri untuk membina keluarga yang bahagia..(ceeEEwah)

Tempoh perkenalan yang lama antara Si Dara dan Si Teruna juga bukanlah perkara wajib sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh berkenal-kenalan yang lama hanya mengundang maksiat. Aku juga pernah melalui fasa ini. Sewaktu di bangku sekolah mengenali Si Teruna, sehingga ke zaman universiti. Perkenalan yang memang lama. Selama 6 thn 5 bln  kami bersama akhirnya punah di tengah jalan. Dalam masa berkenal-kenal tu mesti kene kuar dating-dating kan. Pastu datang la kawan rapat kite Encik Syaitan join sekaki. Pastu adalah kes terlebih kenal sampai  buang-buang anak. Mungkin kite takde la sampai macam tu, sampai buang-buang anak ni pegang-pegang tangan je (maksiat juga tuuuu) Tup tup tap tap sebab terlebih kenal ter'clash'  pula. Bila dah clash ada pulak yang meraung 40 hari 40 malam ada jugak sampai berbulan-bulan tak dapat terima kenyataan. (tahniah sekali lagi sebab Encik Syaitan melompat keriangan)

Kalau kite minat kat seseorang, apa kata before we make a move, kite buat solat istikharah dulu? Kite minta supaya Allah dekatkan die dengan kite sekiranya die baik untuk kite, agama kite, dunia kite dan akhirat kite. Kite juga kena redha dengan petunjuk yg diberikan oleh Allah kerana Dia yg Maha Mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kite, yakinlah Allah menyediakan yg lebih baik untuk kite.

Jika 'seseorang' itu baik untuk kite mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah. Jika kite ikhlas niat kerana Allah insyaAllah hubungan kite akan mendapat redha yang Maha Esa dan kekal hingga ke anak cucu. cicit, piut dan hingga ke syurga.

Pilihalah jodoh dengan dua cara. Pertama '  jadi orang yang baik' InsyaAllah kite akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, 'ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan kite'.

Kalau kite lihat zaman skang ni, ramai yang suka memilih sendiri. Atas dasar suka sama suka. Bak kata orang tua-tua, pilihan anak-anak sendiri. Kadang-kala pilihan sendiri akan terputus di tengah jalan atas beberapa sebab dan punca. Kadang2 ada juga ibu bapa yang baik carikan jodoh untuk anak nya, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan sebaliknya......

Jodoh ini adalah urusan Allah telah ditetapkan sejak azali. Allah mengetahui segala yang telah direncanakan. Mungkin pahit untuk kite hadapi ketika ini tetapi manis dikemudian hari. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma kadang-kadang Allah menguji orang yang baik mendapat jodoh yang sebaliknya.  Semua itu ada hikmahnya, mungkin Allah nak meninggikan lagi drjat orang yang baik ke tahap yang lebih tinggi.



Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Men are from Mars and Women are from Venus