Gadget Oh Gadget...

Zaman dunia yang serba canggih kini. Macam-macam ada. Semua nya ada, bak kata iklan Astro, MACAM MACAM ADA... Kalu kite lihat dunia sekarang ini. Pelbagai gadget boleh dilihat. Daripada gadget yang besar hingga gadget yang kecil, semuanya ada.

Best ke ada gadget ni?  Mesti la best, banyak benda kite boleh belajar. Banyak perkara kite boleh buat. 
Tahu tak ni menatang ape???


mesti semua orang tahu ni ap


Kalau yang ni kenal tak??? Apekah benda ni?


Ni kan telefon pintar atau omputih ckp "Smart Phone"

Kite boleh buat ape dengan benda ni? Haaaa banyak benda boleh buat boleh jadi. Boleh call, msg, surf internet.. Macam-Macam Ada!!!!  

Tapi janganlah disebabkan gadget2 ini, boleh menyebabkan sesuatu hubungan menjadi hambar. Pernahkah kamu melihat. Sebuah keluarga keluar makan, tapi meja tu sunyi je..tanpa suara, tanpa ada perbualan, tanpa ada sepatah kata. Apabila dilihat anak masing-masing sibuk membelek barang-barang pintar ni. Si anak lelaki sibuk bermain PSP nye, Si Anak perempuan pulak sibuk Ber"facebooking".

Apa guna keluar makan, kalau masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Apa guna keluar bersama insan yang tersayang kalau hanya untuk layan "Smart phone" kamu???

Keluar beramai-ramai, buka sampai tiga empat meja cantum, akhirnya masing-masing sibuk dengan gadget. Hasilnya, suasana senyap sunyi. 

Sedih tau bile aku tengok suasana macam tu. Mungkin aku ni bukanlah kaki gadget. Orang lain berlumba-lumba nak dapatkan gadget yang terkini, update ngan Handphone terbaru. Aku??? hahahaha masih ngan handphone lapuk aku ni. 

Biarla apa orang nak cakap, asalkan aku bleh mesej mak ayah aku di penang tu, Mak Ayah aku kat Melaka ni bleh call aku, Aku masih bleh bertanya khabar kepada Mak Ayah aku di Johor. Entahlah, naluri aku tak pernah ke arah gadget gadget tersebut. MUngkin sebab tu aku tak pernah ambil kisah pasal benda semua tu.  Adik-adik aku pun tak pernah pula merengek-rengek minta dibelikan benda-benda tu. 

Aku tak nak la dikatakan adik-adik aku ni ketinggalan zaman. Memandangkan aku dah bekerja.. errrrr Zaman belajar dulu pun aku keje gak. Macam-macam keje aku buat. Demi mencari nafkah untuk diri ,ceewaah..

 Pernah jugak aku tanya, "Dik , ko nak PSP tak kalau exam ko bagus?"

"Aku tak nak la Along, membazir la ko beli benda tu. Ko sayangkan aku, ambil berat pasal aku, belikan yang aku perlu, dah cukup dah untuk aku." jawab adik bongsu aku.

" Betul, ko tak nak dik?? Along dah offer kat ko ni dik?"

"Betul la Long, aku tak nak,sekarang ni aku nak kasut bola ngan stokin, stokin aku dah hilang"

Tu la, adik aku, hidupnye bola... bola..bola...

Dulu aku sibuk minta kayu hoki. Kalau nak tau, kayu Grays..tu la kayu hoki kesayangan aku dulu. Kayu tu dah lama dah arwah. Dah patah dah. 

Zaman kehidupan remaja aku ngan zaman adik-adik aku sekarang ni berbeza memang sangat berbeza. Zaman aku dulu, aku ingat lagi masa zaman sekolah. Sape yang ada handphone. Pergghhh loaded seyy. Aku pakai hp masa form 5, hakhak time tu pun kene marah sebab beli hp. Takde keperluan sangat pun masa tu melainkan nak mesej ngan BuayaFren je. Maklumla zaman muda remaja. Dah pandai nak bercinta Monyet.

Zaman sekarang, hp tu dah menjadi keperluan. Banyak kali aku offer nak belikan die itu ini. Dari adik lelaki aku nombor tiga tu sampai ke bongsu. Semuanya ditolak, alasan yang diberi, "Tak payah membazir Long kalau tak penting. Kalau aku nak, aku usahakan sendiri"

Berkerut-kerut aku pandang adik aku. Cakap macam orang tua. Kemain lagi bile bercakap.

Pernah aku keluar ngan adik aku Arif, hihi masa tu dating dua orang masa die balik cuti. Nak dating ngan tunang masa tu, die tengah keje. So, dating ngan adik la.

Masa tu kitorang lunch kat satu kedai ni. Tetiba Arif bersuara, " Long, ko tengok tu. Entah ape ape je pakwe die. Sibuk tengok hp. Awek die tengok je pakwe die tenung hp tu. Baik tak payah makan same same cam tu." sambil sedut air dalam gelas.

"Apa pulak, pakwe die tengah wat keje kot, tengok e-mail ke." aku cuba la bersangka baik. sambil aku tarik gelas Arif dan sedut air die.

Kitorang ni suka tukar-tukar air n tukar-tukar makanan. Masing-masing amik air and lauk lain-lain pastu minta sikit nak merasa.

" Huh! dah keluar makan same, borak la ngan awek die. Bodoh je, keluar ngan awek tapi asyik tengok hp."

Perghhh jujur betul pengakuan adik aku. Pendapat seorang lelaki terhadap lelaki lain.

" Bang, ko dating nanti. Jangan la buat camtu. Ko jangan abaikan awek ko cam lelaki tu buat." Aku berkata pada Arif.

" Hahahaha, Aku mane ada awek Long. Malas nak pikir. Kan aku suh ko carikan nanti. Aku nak tunang je terus pastu kawen. Kalau aku keluar ngan tunang aku, takkan la aku nak belek hp je. Baik aku layan tunang aku bercakap. Mesti die banyak cakap macam ko nanti Long. Bile lagi aku nak beramah mesra ngan tunang aku."  Terbahak-bahak aku gelak dengar pengakuan adik aku.

"Haruslah ko cakap tunang ko cam aku bang. Motif sangat ko kan bang!!" tergelak-gelak aku dibuat nya.

"Ye..la, Long. Aku ni kan tak banyak cakap. Mesti aku dapat yang banyak cakap cam ko kan Long. Baru meriah. Dapat cam Angah pun ok gak, giler-giler camtu. Orang cakap, selalu kite akan dapat pasangan yang kontra ngan kite"

"Abang..abang..mengarut je la ko ni bang." Akhirnya, kami berdua gelak sama-sama..

Duduk dua orang tapi nak pecah perut dibuatnya. Belum lagi ditambah ngan adik aku anis and aiman. Lagi la menjadi-jadi. Ada je benda mengarut yang dibualkan. Gelak sampai terkentut- kentut dibuatnya.

Siang tadi, kami bertiga hangout cuci mata. Lepastu masing-masing pergi test suara. nak pecah microphone tu masing-masing menjerit. Dah penat menjerit lapar plak perut. Depan tempat karaoke ni ada KFC.

"Dik, ko nak makan KFC ke?" Aku tanya kat adik bongsu aku.

"Apa-apa je la long, aku tak kisah."

"NGah, ko nak makan KFC ke?" Aku tanya kat Anis.

"Long, kite makan McD la plak." Cadang Anis kat kami.

"OK set..aku On je. Ko drive Ngah, perut aku dah berbuih ni, tak berani aku nak drive. Tetiba gastrik menyerang ni. Xcident kang kite bertiga."  Terbahak-bahak kami sambil berjalan ke kereta.

sampai je kat McD laju je kami order. Dah habis order dgn laju dua org adik aku duduk. Hakhakhak memang aku la yang kene bayar untuk budak-budak ni.

Aku amik burger baru tu, 'Smoke Beef Burger". dua orang adik aku amik ayam goreng Tapi air semua lain-lain. Aku tak serasi sangat ngan soft drink ni so aku amik milo ice.

Sambil makan burger tangan sebelah lagi bleh cubit ayam orang sebelah. "Sedap ayam die dik?" ecece ayat mancing. Adik aku terus suap ke mulut aku ayam yang die tengah cubit tu. Auuummm aku memang dah ready nganga dah. Saje je nak manje manje ngan adik minta die suap. ~~wink~~wink~~

Belakang kitorang ada la 6orang remaja. Remaja la sangat umur around 20yrs sumthing. Senyap je diorang ni makan. Sopan, mana tak menjadi sopannya, tangan masing masing sibuk ngan tablet, i-pad, Sony Xperia Z wowww!!! hp cantikk tu. teruja aku tengok.

Hmmm kalau ini lah yang dikatakan zaman teknologi. Tak bestnye. Masa gather jumpa face to face camni la nak bergurau senda, nak bercakap, nak manje-manje ngan adik-adik,ngan kawan-kawan, ngan pakwe tersayang. Bukan nye senyap seribu bahasa dengan bermain gadget tu.

Setiap orang ada cara dan pendapat masing-masing kan.

Gadget ni mungkin ada kebaikan dan keburukannya. Mungkin boleh mengeratkan sesuatu hubungan tu lagi, mungkin juga boleh menghambarkan dan memburukkan lagi sesuatu hubungan itu. 

Kepada kaki kaki gadget, kurang kanla penggunaan gadget anda tu bile keluar ngan family n orang-orang tersayang. Pada waktu itu la kamu hendak berkumpul beramai-ramai, pada waktu itu la kamu hendak berbual.

Bukannya waktu berkumpul dengan keluarga kamu itu, masa itu jugakla kamu sibuk nak ber "tweet" , masa itu jugak la kamu sibuk nak ber'Facebook", masa kamu dating itu jugak la kamu nak baca e-mail kamu. Haish tak paham tak paham....

Fikir-fikir kan la, dan renung-renungkan... 


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T