terharunye cikgu ngan kata2 awk.....huhu~~~ very touchin

Hari ni..o00ps bk  hari ni tapi 2 May hari tu ada MTQ. MTQ is Majlis Tilawah Al-Quran untuk semua pelajar Pendidikan Khas Daerah Tanjung   . Yeayyy!!! we're Tanjung area!!!  Pertama kali aku join program besar ni bukan sebagai Guru Praktikal. Rasa kelakar nye bile keluar portal, keluar surat pekeliling nama aku bleh naik. Fuuuhhhh tak caye betul " Siti Aishah Bt Ismail --- Pengurus Hafazan".

Gabra betul dh time tu. Mana taknye, tak pernah jadi pengurus apa2 untuk program macam tu. Masa Praktikal dulu jadi jurugambar tak diiktiraf, penyorak, penyokong budak2..yang ni PENGURUS..waa diriku pun tak berapa terurus.

Student aku yang nak bertanding aku plak la yang nervous. Uishh mane taknye, aku tak dapat nak tengok student yg aku train utk bercerita. Die dh la gagap...mesti makin gagap nanti jadinye. Alia....Alia....Alia...maafkan cikgu..cikgu kene bertugas, terpaksa cikgu tinggalkan awak dengan cikgu lain. Jangan nanges yek.

Berdasarkan kata-kata cikgu yang hadir program ni, pertandingan kali ni skema, rigid plak. Bayangkan untuk pertandingan Khat, hanya peserta sahaja yang dibernarkan masuk. Cikgu pengiring, penolong pengiring ke piring-piring semua tak dibenarkan masuk. Duduk luar. uishhhh ..hmm katenye tahun lepas masa peringkat negeri bleh je tengok. Pertandingan tu pun dibuat kat tempat lapang. Cikgu siap duduk sebelah student bagi semangat. Yang ni..juz jengah-jengah dari tingkap. Yes!! aku nampak situasi tu dengan terang benderang. Bilik pertandingan Khat betul-betul setentang dengan bilik Hafazan. Mantap!!!

Finally my student finish that. Ada yang berjaya ada yang tidak. Takpela, adat pertandingan kalah menang semuanya. cikgu pun faham..kite bukan banyak masa nak praktis, banyak clash ngan olahraga pastu ada futsal pulak. Awak semua pun dah penat dengan aktiviti semua tu.

camne pun tiga kejayaan kami bawa pulang. Kami tak pulang dengan tangan kosong. Terbaikkk!!! my students..

Johan ~~~  Bercerita
Johan ~~~ kHat
Naib Johan ~~~~ Hafazan

Memang terbaik syg syg ku.......

naib johan hafazan




possing ngan pemenang



Hamizi...student yg nakal tapi menghiburkan hati. Walaupun die nakal tapi die seorang yang jujur..die x mencuri walaupun ada duit yang banyak dihadapan die. Student yg bermasalah tingkah laku dan emosi terlampau. Ni  la..hasil Khat die yg sangat2 cantik.


hasil khat Hamizi

Dalam kedegilan dan kekurangan semestinya ada kelebihan yang tersirat. Aku minta la nak tangkap gambar die. Punye la Hamizi ni mengelak..sampai macam ni jadinye..

punyela tunduk taknak tangkap gambar

Aku punyela pujuk nak amik gambar die, tetiba keluar perkataan daripada mulut Hamizi, " Cikgu pergi la tangkap gambar cikgu sana tu!! buat apa tangkap gambar saya.!!" Nada suaranya macam orang marah je. " Nak tangkap gambar cikgu mane plk ni? Cikgu nak amik gambar Hamizi la," Kataku dengan suara sederhana. "Tu..Ha!! cikgu baju putih tu! yang asyik kim salam kat cikgu tu! pergila amik gambar die".

Aku rasa semacam je nada suara Hamizi ni.

"Cikgu tak kenal die la, buat apa cikgu nak amik gambar cikgu tu".  Kataku sambil menarik kerusi dan duduk depan Hamizi.

"Saya tak suka la cikgu tu!" kata Hamizi sambil tunduk.

"Maksud kamu?" Aku memandangnye penuh tanda tanya.

"Saya tak suka cikgu tu kim salam, kim salam kat cikgu".  Hamizi mula berkata.

"Cikgu tu kim salam je Hamizi". Aku cuba membalas kata-kata Hamizi.

"Saya tak suka die kim salam macam tu, saya tak suka cikgu tu main-main ngan cikgu!!" Keras suara Hamizi waktu tu.

" Cikgu ni cikgu saya, cikgu dah cakap dah ngan cikgu tu cikgu dah tunang. Die nak jugak kim salam. Nak jugak kacau. Cikgu bukan untuk dicuba-cuba!!" Balas Hamizi sambil pandang aku.

Kelu aku rasa waktu tu. Murid aku cakap macam tu. Bercakap seperti seseorang yang matang. Murid aku cuba pertahankan cikgu die. 

"Hamizi, sayang jugak awak kt cikgu awak ni ye." Kataku kepadanya.

"Cikgu, cikgu saya. Saya tak suka orang main2kan cikgu. Rasa nak pecahkan je muka cikgu tu". Kata Hamizi sambil merenung ke arah seseorang.

Ya Allah terharunye aku. Bile seorang murid aku cakap macam ni." Hamizi...cikgu tak sangka..sayang jugak kamu kat cikgu". Aku hanya mampu berkata dalam hati.

"Hamizi, orang yang baik takkan pukul orang lain".  Kataku kepada Hamizi. Takut jugak aku sebenarnye, takut die tak boleh nak kawal emosi. Mata die dah merenung semacam je ke arah tersebut.

Aku ingatkan Hamizi akan bencikan aku. Mane taknye, aku pernah tengking die dan men'down grade'kan die. Aku bukan saje2 nak tengking tanpa sebab. Hamizi ni, mulut memang xde insuran. Mulut mengalahkan jamban ditambah pula ngan sikap suka kacau dan pukul pelajar lain. Waktu tu die maki-maki sambil pukul seorang murid ni. Die kacau sampai murid tersebut mengamuk.

Murid autisme ni..klu dah dikacau emosinye, memang mengamukla die. Aku memang menyirap je waktu tu. aku dah tegur elok-elok. Aku cuba kawal tone suara aku. Tapi tahap kesabaran dan kerendahan suara aku tak dipedulikan. Haaa!! apa lagi terus high pitch. Memang aku tengking dan marah sekali. Pertama kali aku tengking budak camtu.

Selepas aku tengking Hamizi waktu tu. Die terus duduk diam  di dalam kelas. Pada keesokannya, die tak datang sekolah. Takut plak aku fikirkan Hamizi ni. Marah ke die kat aku, terasa kah die ngan bahasa aku yang memang kurang sopan tu. Astaghfirullahalazim...aku beristighfar dalam hati. Macam-macam yang aku pikir waktu tu.

Tapi untuk waktu ini, saat ini.....keadaan yang berbeza dan sangat berbeza. Murid yang aku tengking, aku marah..rupanya amik berat pasal aku. Sangat terharu aku rasa ngan kata-kata die.

Hamizi..kamu murid yang baik sebenarnya. Mungkin keadaan dan latar belakang hidup kamu yang membuatkan kamu bersikap macam skang ni. Suka memukul orang dan bercakap kata-kata kesat. Mungkin jiwa kamu memberontak. 

Aku belajar sesuatu pada majlis ini. Di Majlis Tilawah Al-Quran  peringkat Zon Tanjung. Semoga murid-murid ku akan terus berjaya dan cemerlang ke peringkat seterusnya.   


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir