Februari~~~~

Februari sudah munculkan tirainya. Januari telah pergi. Bulan baru, suasana baru. Semoga 1 Rabi'ul Akhir ini memberi makna kepada setiap hamba-Nya.

1 step closer to go another step. In Shaa Allah it will come soon.

I'm happy and very happy for February.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Kau pertemukan kami jua.

Engkau yang memegang hati hamba-hamba Mu,
Engkau jua yang menentukan segalanya,
Aku hanya mampu berdoa selama ini,
Semoga orang yang aku kasihi itu bahagia dgn kehidupannya,

Aku pernah menjauhkan diri daripada dia,
Aku pernah mendiamkan diri begitu lama,
Bukan jenisku untuk mengambil hak orang,
Bukan jenis ku untuk berebut,
Lebih baik aku pergi dari terus menyakiti hati insan lain,

Aku pergi tanpa mendengar sebarang penjelasan drpd dia,
Aku terus menjauh sebab aku dah terluka dengan kata2 temannya,
Temannya katakan kerana aku hubungan mereka goyah,
Kerana aku mereka bergaduh,
Kerana aku mereka putus,
Aku terus pergi tanpa sebarang kata,

Begitu lama dia menghubungiku bertanya kenapa dan kenapa?
Setiap pertanyaan setiap pesanan aku biarkan ia berlalu begitu,
Aku benar-benar ingin menjawab pesanan itu,
Hatiku menangis setiap kali panggilannya,
Aku hanya mampu melihat namanya tanpa jawapan,

Pada fikiranku pasti dia telah bahagia dengan temannya itu,
Aku  tumpang gembira atas kegembiraan insan yang aku kasihi,
Bagi aku dia adalah kawan yang terbaik ketika itu yang pernah aku ada,

Hari berganti minggu,
Minggu berganti bulan,
Bulan berganti tahun,
Hubungan kami terus terputus,

Tiada pesanan tiada khabar berita lagi,
Semua menyepi dengan urusan sendiri,
Aku dengan urusanku,
Dia dengan urusa dia,

Tiba suatu waktu,
Die muncul dengan satu pesanan,
Mimpi apakah aku kali ini?
Mimpi di siang harikah aku?

Menggigil tanganku membalasnya,
Bermula la episod baru dalam diariku,
Diari lama telah aku tutup rapat,
Tutup serapatnya, dan dihanyut ke lautan,

Episod demi episod terus terhasil,
Cerita demi cerita telah tercipta,
Lukisan hati telah terlakar,
Semoga lukisan ini terus kekal,
Di bawah naungan keredhaan-Nya

Terima kasih Ya Allah,
Kerana Kau kurniakan pertemuan ini kembali




Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T