Kamu.....boleh aku bertanya..????

Desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista ini masih bersamaku.... Bukan hasratku bermain kata-kata tapi ianya adalah alunan hiba dalam jiwaku yang merindu kasih. Laksana Sang Pungguk yang melihat keindahan bulan tetapi tak tergapai untuk disentuh.

Aku pilih untuk berkata bahasa pilu yang menggantikan puisi  cinta yang seharusnya bermain di hati..... Jelasnya, ini adalah puisi hati. Kata hati ku yang duka pilu mengenang kenangan lalu. Teramat indah yang pernah ku lalui  tika bersamamu. Kata-kata cinta dan janjimu kepadaku masih terbenam dalam benak ku...

Merindukah aku??? Merindukah kamu???? Tiada yang dapat dinafikan lumrah insani untuk merindu.

Ini bukanlah puisi cinta tetapi bait-bait hati  yang telus jelas nyata yang mempunyai sesuatu disebaliknya..

Aku jujur...kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu betapa hiba dan hinanya aku...

Kamu.....boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas nama ku? Senyumku? Kasih sayang ku selama ini terhadap mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang  boleh membuat kamu tersenyum?



Kamu...boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu. Aku sentiasa teringatkan kamu. Kadang kala aku seolah-olah terbau wangian kamu. Kemudian aku akan mencari kelibat mu. Aku tahu..mungkin itu adalah perasaan ku. Tanpa ku sedar...air mata jernih ku mengalir..ingatkan kamu....ingat kan kamu....rindu sangat pada kamu...

Kamu....boleh aku bertanya lagi....?

Kamu sihat kah di sana? Kamu bahagia di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawakah kamu di duniamu tanpa ku? Sudah ketemukah kamu dengan kebahagiaan yang kamu cari, keindahan yang kamu dambakan? Sejuta  ketenangan yang kamu impikan?

Kamu.....boleh aku bercerita lagi...?

Aku rindu kamu...ingin sentiasa memandang kamu, melihat kamu. Aku tahu, kini kamu milik orang. Aku cuba terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Laksana itu, aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini....Tiap kali ku memandang langit. Ku lihat bintang, itu  bagai kamu pada mata jiwaku....Aku memandang kamu dari jauh yang bercahaya gembira di sana... Maha sesungguhnya aku mahu berada disamping kamu, bertawa gembira, bercahaya berkelipan kegembiraan...tetapi aku memilih untuk melihat dari jauh demi kebahagiaan kamu...demi gembira kamu putera hatiku.

Kamu...boleh aku bertanya..?

Kenapa air mataku mengalir deras tika menitipkan monolog jiwaku ini ??? Sengsarakah aku? Deritakah aku?
Kamu.............


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir