/// Hati Se0rang Wanita ///







SENSITIF :-   Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan dapatkan perhatian. Selain itu, wanita juga akan minta dipujuk.

Pandai-pandailah kamu fahaminya wahai kaum lelaki. Kalau insan yang kamu sayang tu dah merajuk tu jangan lah buat bod0h jer...pandai-pandailah amik hati die balik kalau dah sakitkan hati wanita tu.

CEREWET :-   Bukan bermakna FUSSY tak tentu hala, kadang-kadang wanita ingin juga Lelaki mengikut kata-kata mereka sekali-sekala.

HALUS :-  Ibarat sehelai kain sutera halus, cantik, mulus, lembut mudah terkoyak dan tercarik... Walaupun seorang wanita itu dah memaafkan kesalahan seorang lelaki kerana sesalan. Selalunya wanita akan ingat kesalahan itu untuk dijadikan pengajaran. Ini bukan lah bermaksud wanita itu BERDENDAM. tapi sebagai peringatan.

Perkara inilah yang selalu disalah tafsir kan oleh lelaki. Apabila perempuan mengatakan tentang kesalahan yang Lelaki pernah lakukan itu. LELAKI akan katakan WANITA itu mengungkit. Tapi pernahkah LELAKI ambil pengajaran atas apa yang pernah terjadi???? WANITA hanya mengingatkan BUKAN MENGUNGKIT.

IKHLAS :- Keikhlasan wanita tak perlu diragui.

KORBAN :-  WANITA sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang disayanginya dan juga keluarganya. Kadang kala die terpaksa menyakiti hatinya sendiri untuk kebahagiaan orang yang disayanginya. WANITA amat tabah

PRIHATIN :- Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Sangat mengambil berat kepada insan yang disayanginya.

MANJA :-  Walaupun die seorang wanita yang berdikari dan cekal, WANITA tetap seorang WANITA yang memang suka kemanjaan. Suka bermanja kepada lelaki yang disayanginya dan juga bermanja kepada kaum sejenisnya iaitu teman-teman rapatnyer.

EGO :-  WANITA yang terlalu sayang kepada kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan insan yang dicintainya.

SEKS :- Seks bukanlah segalanya untuk wanita. WANITA telah diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Terlalu banyak perkara lain yang akan difikirkannya berbanding seks. LELAKI pula diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Fungsi LELAKI adalah membimbing WANITA bukan menghanyutkannya.

Jika LELAKI mengatakan WANITA yg disayanginya itu degil. Gunakanlah 9 akalmu itu untuk memadamkan kedegilan WANITA.

Jika LELAKI mengatakan WANITA itu Ego, gunakanlah kebijaksanaan kamu dalam menurunkan EGONYA.

WANITA diciptakan daripada tulang rusuk LELAKI yang bengkok. Jika LELAKI menggunakan kekerasan dia akan mematahkannya, jika LELAKI membiarkan itu bermakna LELAKI membiarkan WANITA terus hanyut dan bengkok dalam hidupnya.








Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir