Ramadhan yang indah

Dah berapa hari yer kite berpuasa??? 29 August 2012 genaplah 9 hari semua umat Islam menyempurnakan ibadah puasa. Rukun Islam yang ketiga yang wajib ditunaikan oleh umat Islam. Alhamdulillah tahun ini juga aku dapat menyambut puasa bersama keluarga yang tersayang. Adik lelaki ku juga balik masa hari pertama sambut Ramadhan. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat berkumpul. Terubat sikit rinduku pada adikku yang senget tuuuu.....

Setiap Ramadhan mempunyai ceritanya tersendiri. Memberikan kehidupan, kesedaran dan sinar baru kepada hambanya. Ramadhan yang lepas ku lalui dengan penuh kesulitan dan dilema. Hujan yang sentiasa melanda membasahi bumi. Selamat tinggal semua kenangan. Banyak yang aku pelajari dalam setiap kepahitan dan kelukaan. Setiap yang terjadi telah direncanakan oleh Allah. Kita sebagai hambaNya, hanya mampu merancang. Setiap kesulitan pasti ada penyelesaian.

"Boleh jadi apa yang kamu sukai itu mendatangkan mudarat bagimu..boleh jadi apa yang kamu tidak sukai itu mendatangkan kebaikan untukmu"

Silapnya kita menjadi manusia....
Kadangkala kita menginginkan sesuatu yang indah dan berupa kebaikan..
Namun Allah sering memberikan yang sebaliknya
Waktu itu kita akan mengeluh...
Bertanya pada diri 'mengapa semua itu berlaku, aku tak pernah inginkannya?'
Lalu diri memberontak dengan apa yang terjadi...
Namun mengapa ia berlaku?
Kerana ada hikmah disebalik setiap kejadian...

Kadangkala kita mengharap sinaran mentari yang menyinari
Tapi Allah turunkan hujan yang tak henti
Kadangkala kita menginginkan hujan yang cukup...
Tapi Allah turunkan hujan yang tidak memadai..

Kadangkala kita mengharapkan pelangi..
Tapi Allah turunkan ribut dan petir...
Begitulah kehidupan kita...

Kadangkala kita mengharapkan sesuatu yang benar2 diinginkan....
Tapi Allah berikan yang kita tak inginkan dan yg kita tak mahu..
Persoalannya kenapa????
Hikmahnya agar kita tahu setiap aturan Allah itu sesuai dengan apa yang diperlukan oleh hambaNya...



Ramadhan tahun ini membuka lembaran baru dalam hidupku. Memberikan sesuatu yang baru yang perlu ku pelajari. Susah nak diungkap apatah lagi untuk dilafaz. Semuanya berlaku dengan terlalu pantas. Tak terkejar oleh kakiku.

28 August 2012, Hari kelapan berpuasa. Hari yang bersejarah dalam hidupku. Kelu ku untuk berkata. Apa yang ku rasa waktu tu, aku rasa nak pengsan. Pertemuan keluarga dengan keluarga. Detik-detik yang tak pernah ku lalui sepanjang hidupku.

Aku rasa sangat kaku dan beku saat tu. Aku cuba berlagak bersahaja pada tingkah laku ku...

Apabila aku terpandang wajahnya serius..aku rasa nak pengsan. Seram sejuk aku waktu tu. Entah la ...memang senget dah aku rasa. Hakhakhakhak

Aku tak minta yang sempurna sebab aku pun tersangatlah banyak kekurangannya. Tak terhitung kekurangan ku. Cukup la jika die mampu terima semua kekurangan ku , dapat menegur dan membimbingku hingga ke syurga.....

Awak........saya nak syg awak sampai syurga tau....saya nak jadi bidadari awak kat sana......



Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir