Sape cakap jd cikgu senang??!





Cikgu zaman skang ni tak sama dengan cikgu zaman dolu d0lu. Korang setuju tak ngan apa yg aku cakap ni? Kalau d0lu d0lu...bile cikgu cakap " Murid-murid kerja sekolah hari ni kena hantar esok yer". Bile ada murid yg tak hantar kerja sekolah, murid tu mesti kene hukum.

Hukuman yg memang jd favourite cikgu d0lu d0lu ni rotan kat tapak tangan. Fuhh memang sodap. Aku d0lu ms skolah rendah memang slalu kene. Aku kan murid paling rajin dlm kelas ( sambil mata ke atas dan tangan ke dada).

Selalu kalau pas kene rotan tuh. Memang senyap je la. Takdenye murid ni nak ngadu kat mak bapak sebab die tau. Mak bapak die takkan back up die pun. So better senyap jer daripada kene tambah lg kat rumah.

TP kalau kite tengok zaman skang ni. Cikgu pun kene pukul ngan murid upps pelajar. Kalau cikgu rotan student tu gerenti esok mesti mak bapak student tu datang sekolah serang cikgu tu balik. Lepas tu mula sampai surat saman sebab cikgu pukul murid kat sekolah.


Aku selalu dengar orang cakap "SUSAH SUSAH JADI JER CIKGU". Nape orang suka cakap cam tu yek? Diorang ingat jadi cikgu ni senang ker. Ayat pun SUSAH SUSAH. Memang dah jelas patutnye yang jadi cikgu ni susah.

Sape kate Jadi Cikgu Senang

Orang selalu cakap " Alaaa kerja cikgu 7 ke 8 jam jer. Malam dah rehat". Sape cakap...keje cikgu 7 ke 8 jam jer. Cuba kite imagine. Cikgu sampai sekolah 7.15 am pastu habis waktu sekolah pukul 2 pm, yang tu tak termasuk lagi dengan kelas tambahan. Kalau kelas tambahan habis pukul 3pm. Cikgu ni bukan cam student..habis jer clss tamabahan terus balik cam tu. Cikgu ni..nak tak nak kene la jugak siapkan keje keje yang sepatutnye disiapkan sebelum balik.


Orang selalu cakap jadi cikgu ni relax tak banyak keje. Sape cakap jadi cikgu relax? Korang penah bayang tak cam ne jadi cikgu ni. Ok la kite tengok orang yg keje office. Diorang cakap keje diorang banyak... sampai kene bawak balik rumah. Designer pun selalu cakap..diorang pening nak create new design for their project. Architect pun sama juga bersuara..keje kami susah, pening, kami kene pikirkan bentuk dan ukuran yg sesuai utk binaan kami.

Habis tu cikgu??? Hello...jadi cikgu lagi susah tau. Kalau org keje office cakap die kene bawa balik keje kat office ke rumah. Cikgu pun sama jugak. Tu haa semua homework student tu, cikgu yang kene tanda n check. Nak tak nak bertimbun gak la cikgu bawa balik buku-buku students die nak tanda kat rumah.

Kalau dDESIGNER kata diorang pening nak create design baru. Jadi cikgu pun pening tau.. siang mengajar. Malam kene buat DESIGN pengajaran esok. Cikgu kene sediakan ABM yg sesuai ikut kemampuan dan tahap students die. Pening jugak nak pikir semua tu.

Kalau ARCHITECT cakap diorang pening nak decide ukuran and bahan yang sesuai untuk binaan yang diorang nak lukis. Jadi cikgu pun cam tu jugak. Cikgu ni kene siapkan bahan-bahan pengajaran semua berdasarkan tahap kemampuan murid tau. Sebelum tu cikgu ni kene buat ukuran dulu utk pencapaian student diorang. Kalau jadi cikgu Pendidikan Khas lagi pening and banyak bahan kene sediakan.

Pastu kalau kite tengok..jadi cikgu ni dah memang kene exercise tetiap hari. Bayangkan la, 1st period cikgu ni kene ngajar kelas 1Bijak kat ground floor, Pastu utk 2nd period kene ngajar 4 Cemerlang kat third floor. Tak ke cikgu tu wajib exercise panjat tangga yg tinggi tu.

Lain la kalau sekolah ada sediakan lif ker escalator ker. So,dengan hati yang ikhlas dan waja cikgu ni pun panjat la anak-anak tangga utk ke kelas 4 Cemerlang.

Tanggungjawab CIKGU ni sangat berat tau. Ok..kalau para DOCTOR cakap tugas mereka sangat berat. Aku tak bleh nak nafikan. Tugas mereka pun memang berat. DOCTOR akan cakap nyawa patient kat tangan mereka. Tapi anda semua pernah dengar tak " if a doctor make a mistake it kills a patient, but if a teacher makes a mistake it will kill a generations"


So...u can think that deeply. Kalau jadi DOCTOR, bile salah bagi ubat kat patient, takpun tersalah potong ker maka matilah seorang patient anda. Tapi kalau jadi cikgu...Salah sikit jer..bleh rosak budak-budak tu.

So..kepada kawan-kawan di luar sana. Jangan la selalu cakap keje cikgu ni senang. Tugas seorang pendidik ni memang susah dan berat. Peringatan juga kepada kawan-kawan yang memilih pekerjaan cikgu for your last choice. Adakah anda memilihnya kerana anda ikhlas hendak mendidik anak bangsa? Atau anda memilih kerjaya cikgu juz sebagai pekerjaan dan tiap-tiap bulan anda dapat gaji?

Kalau itu yang anda fikirkan....lebih baik anda lupakan niat tu.


Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu yg penah ajar saya dulu. Kalau buka kerana cikgu, saya takkan berada pada tahap ini.

Anda semua pernah dengar tak..bahawa pekerjaan guru ni " MEMANUSIAKAN MANUSIA". Inilah tanggungjawab yang perlu digalas oleh cikgu-cikgu ni.

Cikgu ni..bukan hanya seorang cikgu yang duduk di sekolah jer. Cikgu ni adalah seorang arkitek, doktor, lawyer dan juga designer.

Kenapa aku kata cikgu ni seorang ARKITEK and DESIGNER? Tugas cikgu kan mencorakkan muridnya dalam akademik, sahsiah dan juga sosial. Kalau tak ada cikgu di sekolah macam mane murid nak belajar.

Kenapa aku cakap cikgu ni seorang LAWYER? Kalau anda semua perhatikan, cikgu mengajar yg di kelas ala-ala LAWYER sebenarnya. Kalau ada apa2 yg murid die tak paham die akan terangkan dari A-Z. Kalau kite tengok murid-murid yg bermasalah kat sekolah. Cikgu ni jugak yg akan berdebat ngn guru besar nak bela murid die. Tak ke LAWYER tu.

Haha Hebat kan CIKGU ni. Bile anda dah jd cikgu, anda akan jd semuanya.

Cikgu ni ad AURA tau. Kalau kamu seorang cikgu. Kalau kamu pergi mane2 mesti ramai yg akan kenal lagila public place. Pak Mail jual ikan pun kenal kamu tu cikgu. Mesti orang akan panggil kamu cikgu. Orang respect tau cikgu ni. Silap-silap hari bulan boleh dapat diskaun kalau beli-belah kat pasar. Mana tak nye Makcik yg jual sayur tu mak nye kepada murid kamu. Pak Mail jual ikan tu ayah nya murid kamu juga.


Sampai kamu pencen pun kamu tetap akan dipanggil cikgu. Gelaran cikgu tu memang takkan hilang. kalau kamu meninggal gelaran cikgu tu tetap melekat kat namu kamu. Contohnya org akan panggil Arwah Cikgu Kamal, Arwah Cikgu Minah. Lihatlah betapa hebatnya aura cikgu ni.

Kalau seseorang tu meninggal dunia. Antara bekalan yg akan dibawa adalah ilmu yang diamalkan dan ilmu bermanfaat. Jadi cikgu ni, kalau kena ngan gaya dan cara Insyaallah ilmu yg disampaikan tu bermanfaat.

Kerjaya CIKGU ni mulia tau....


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T