about Us

sekejap je dapat balik rumah kali ni.... Setelah sekian lama tak jumpa my luvly brother yang makin gumuk. Dah beberapa kali aku balik rumah sebelum ni tak dapat jumpa die. Kali ni Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk jumpa semuanya.

Wawwawaa~~~ adik aku yang dulu kerempeng dan kurus melidi sekarang dah ada 6pax...cayalah. Sempat satu hari jer manje2 ngan die. Semalam masa lunch tu pun die dah tak selera makan, nasi setengah tu pun die tak habis makan sedangkan sejak die balik ni die punya selera dua kali ganda daripada biasa. Mungkin die dah nak balik tu yang die dah tak selera makan. cian die... xpe lain kali balik..along masak sedap2 yer lagi. lalala~~

Sebak aku rasa semalam bile hantar die balik. Selepas ni juz tunggu die passing out insyaAllah bulan Mac ni. Mudah-mudahan semua urusannya di sana dipermudahkan. Selamat berjuang perajurit muda.

selepas ni dah tak boleh nak gadoh kasar-kasar lagi la ngan die. Boleh terkeluar isi perut aku kalau die tumbuk aku. Kalau sebelum ni bleh la main pukul-pukul ngan die. Maklumla kitorang kalau gurau n gadoh memang kasar. dari aku, adik pempuan bawah aku (anis), adik ketiga (arep), n adik keempat aku (aiman) kalau gurau...memang bising n bingit. Bak kata mak.. " Mak rasa anak mak dah besar2 tapi perangai masing2 macam budak dua tahun. Main kejar-kejar kat tangga la.. roboh jugak tangga tu."




anis my sista



arep my bro


aiman my younger bRo

Tapi itu la yg membuatkan kitorang rapat biler dah besar2 ni. Rindu nak gurau sampai besi katil patah. Bila 4 orang bergelut atas katil memang boleh roboh katil dibuatnya..... Rindu nak gadoh sampai lebam sampai bengkak.

Luv u my sis n my brothers......



Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir