Kertas...



Dahulu aku punyai 2 helai kertas. Sehelai kertas berwarna putih dan sehelai lagi warna biru. Kertas putih ni nipis sikit berbanding ngan kertas biru. Kertas biru ni tebal dan keras. Aku sayang kedua-dua kertas ni.




Sebelum aku jumpa kertas biru ni, aku hanya ada kertas putih. Aku amat menjaganya. Aku akan pastikan kertas putih ni tak berkedut dan tidak kotor. Tapi apabila aku dah jumpa kertas biru..aku rasa aku perlu menjaga kertas biru tu melebihi kertas putih.

Kertas biru itu aku hiasi dengan warna-warna yang ceria. Aku selalu tampal bunga-bunga kecil bagi menghiasi kertas biru. Aku gembira sangat dapat menjaga kertas biru walaupun kadang2 jari-jari halus ku akan terluka tatkala aku menghiasinya. 

Aku tak pernah kisah ngan luka-luka itu. Setakat luka kecil aku boleh ubatinya sendiri. Apa yang aku tau, aku rasa puas apabila melihat kertas biru ku cantik dengan hiasan benang emas yang telah cuba aku sulamkan. Aku tau sulaman ku tak berapa cantik dan kemas tapi aku akan berusaha dan berusaha untuk hasilkan sulaman yang kemas nanti.

Kertas biru tak pernah tahu bagaimana aku cuba untuk menghiasinya. Bagaimana payah nya aku mencari bahan hiasan untuk membuatkan ia kelihatan menarik dan cantik. 

Lama aku menyimpan kertas biru itu bersamaku. Hari demi hari berganti bulan akhirnya mencecah tahun. Selama 6 tahun 5 bulan kertas biru itu aku simpan. Selama itu juga aku cuba menjaganya dengan baik.

Kertas putih telah aku abaikan. Apabila ku lihat ke arah kertas putih, ia tak selicin dahulu. Kertas putih itu telah renyuk. Pada hujung kertas putih itu terdapat koyak-koyak kecil akibat diabaikan.

Kertas biru terus cantik kerana dijaga dengan baik. Hinggalah suatu ketika, kertas biru itu telah dicuri dariku. Kertas biru ku  hilang entah ke mana. Aku mencari kertas biru ku berbulan-bulan lamanya

Aku membawa kertas putih yang lusuh itu sepanjang mencari kertas biru ku. Kertas putih itu menjadi semakin nipis apabila dibasahi air hujan yang datang menimpa.

Akhirnya ku temui kertas biru tetapi pencuri itu tak mahu kembali kannya kepada ku. Waktu itu, hujan mencurah-curah menimpa bumi. Kertas putih dalam genggamanku hancur di bawah deraian hujan.

Aku cuba mencantumkan kembali kertas putih ku tetapi ia telah hancur. Munkin aku bisa cantumkannya kembali, tapi ia memerlukan masa dan kesabaranku sendiri. Munkin ada tangan yang sudi mencantumkan kertas putih ku kembali....Masih adakah tangan yang tak kenal erti putus asa untuk mencantumkannya.....


Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir