Ombak Rindu....







Malam....
Kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian selalu rasa ada cinta aku..


Hujan...
Bawa air mataku yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa tanpa cinta dia dihatiku
Hanya mampu berserah moga cahaya tiba nanti.....


Mula-mula dengar lagu ni aku terpikir..apa kena lirik die ni klu nak dibandingkan dengan novel asal. tapi bila dah tengok cerita OMbak Rindu tu baru tau.

Filem yg diadaptasi dari novel Fauziah Ashari bertajuk Ombak Rindu. Mesti ramai yang dah baca novel ni kan.. Novel ni memang famous. Kalau tak silap dalam tahun 2002 atau 2003 sebab masa ni aku memang layan novel. Budak dok hostel kan..apa je la yang best nak buat lagi lepas habis prep. sebelum tido masing-masing baca novel nak amik mood tido.

Aku memang bagi 5 star la utk novel Ombak Rindu ni. Habis air hidung aku pun kuar masa baca novel ni. Tapi bile tengok movie ombak rindu pun meleleh gak la air mata aku. Cengeng gak la aku ni..tak habis2 nk meleleh.

Sinopsis cerita (sila mainkan lagu Ombak Rindu..wawawa~~)

Mengisahkan percintaan Izzah (Maya Karin) dan Hariz ( Aaron Aziz). Mereka berjumpa secara kebetulan di kelab malam selepas Izzah dijual oleh pakciknya untuk melangsaikan hutang. Izzah dipaksa melacur dan Hariz adalah pelanggan pertamanya. Izzah merayu kepada Hariz supaya membawanya keluar dari situ. Hariz membeli Izzah daripada tauke Cina tu dan bawa Izzah tinggal dirumahnya.

Rumah ni tepi pantai you...Rumah yang bertemankan deruan ombak..hembusan angin bayu..uissh memang best rumah tu.

Pada mulanya Hariz menganggap Izzah sbg tempat melepaskan nafsunya sahaja. Izzah yg tak mahu bergelumang dengan dosa merayu agar menikahinya dan berjanji tak akan menuntut apa2 hak seperti isteri2 lain. Istilah lainnya ialah perempuan simpanan. Perkahwinan mereka juga dirahsiakan.

Kemudian muncul pulak Mila Amylia, pelakon terkenal yg baru balik US. Mila ialah kawan Hariz dari kecil lagi seterusnya menjadi kekasih Hariz. Perkahwinan mereka telah dirancang oleh keluarga mereka sejak bertahun-tahun lamanya.

Pada waktu ini, hati Hariz telah berubah. Hariz telah mencintai Izzah dan menyatakan hasratnya membatalkan perkahwinannya dengan Mila. Mila naik hangin bila Hariz menyatakan yang dia mencintai perempuan lain kerana Mila amat2 mencintai Hariz. Namun, perkahwinan Hariz dan Mila tetap diteruskan kerana desakan keluarga.

Saksikanla perjalanan cinta Izzah dan Hariz dalam filem Ombak rindu. Tapi lagi best kalau baca novel die.

Walaubagaimanapun lokasi penggambaran utk filem Ombak Rindu ni memang best. Lokasi tepi laut, ada batu2 besar ngan ombak memukul pantai. Memang best. Boleh feeling2.

Haa tapi ada satu scene Aaron & maya karin berdiri atas batu. Time tu tengah feeling2 ngan citer tetiba ada manusia berjalan kat belakang diorang ngan pakai t-shirt pink. Baru nak feeling terus kitorang gelak2. Memang jadi citer senario jap.




Dalam citer ni, watak Lisa Surihani memang beza giler dari biasa. Lisa suka sangat jerit2 macam orang kene histeria ..pastu die marah2 memang kasar suara die. Bak kata kawan aku.."tu dia..dah kuaq dah suara jantan"

But overall aku rasa berbaloi tengok citer ni. Daripada Lagenda Budak Setan, memang tak bleh blah. Beza giler dari novel. Baru je nak feeling ngan scene sedih tetibak bleh plak beralih scene lain. hmm tak best bile dah cam tu...




Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Don'T