Lunch Time !!!!!!

Hari ni lunch makan sampai pecah perut. Makan sampai tak larat nak bangun. Selalunye orang lunch amik masa sejam. Kami pulak lunch ambil masa selama 3 jam.

Hari ni Ladies Day Lunch. saje je aku name kan Ladies Day sebab takde lelaki dalam group kami. Kami 4 orang semuanya perempuan.

Lunch Pecah perut kali ni bertempat di SEoul Garden Mahkota Parade. Aku guna student card dapat la murah sikit. Cian my sis aku lupa nak ingatkan die suh bawa student card. Bleh la dapat less. hmmm nak wat camna takda rezeki die untuk less.




Aktiviti bakar-membakar. Sampai terpercik-percik kat muka aku. Aduss jatuh sudah saham aku muka dah kene minyak. Pelik gak aku apasal aku sorang ja yang kene minyak. Nape yang 3 orang lagi tak kene minyak? Tak aci bet0l.....


Aku kuar ngan kawan-kawan adik aku. Muka semua berseri-seri bile pergi makan. Bukan selalu dapat makan kat sini.Tetiba buang tabiat nak makan makanan Korea ni. This is my second time i having lunch in Seoul Garden.

Bagi aku, makan kat sini memang berbaloi-baloi. Bleh makan sampai muntah la.


My sis


My sis n her friend


them

senyum kekenyangan




That my last menu. I'm taking ice- cream n ais kacang. Shera cakap kat my sis, "Anis, jangan la amik banyak2 nanti tak habis." My sis bleh cakap ngan kawan die, " Takpe..kakak aku ade..mesti habis punye." 

Jahat betul statement yang di keluarkan. Nampak sangat aku ni kuat makan. Aku ni pun makin lama dah makin tembam + Gumuk sudaaa...

Bile la aku nak sedar diri untuk jaga makan ni. Sepatutnya makin lama orang jadi makin slim n cun2. aku pulak makin lama makin tembam + gemok + ugly. 

Tapi hari ni aku memang kenyang giler...nak jalan pun dah tak larat. Nasib baik my sis yg bawa motor. Kalau la kuar tadi aku yang drive, gerenti aku tak bleh nak drive dalam kekenyangan cam ular sawa ni. Silap2 hari bulan bleh masuk longkang dah.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan tangisi Apa Yang Bukan Milikmu.....

In a relationship Married or Not !! YoU should Read This

Saat Terakhir